Anjakkan ke warna lebih panas secara manual pada Mac anda
Gunakan Night Shift untuk melaraskan warna paparan anda secara manual kepada warna lebih panas pada spektrum warna. Warna skrin lebih panas adalah lebih ringan pada mata anda semasa anda menggunakan Mac anda pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah. Juga, pendedahan kepada warna biru terang pada waktu petang boleh membuatkan anda sukar untuk tidur. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Night Shift pada bila-bila masa—sebagai contoh, jika anda dalam bilik yang digelapkan.
Nota: Untuk mengetahui jika Mac anda menyokong Night Shift, lihat Artikel Sokongan Apple Gunakan Night Shift pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Night Shift di sebelah kanan, kemudian aktifkan pilihan “Aktifkan sehingga [masa]”.
Night Shift kekal aktif sehingga hari seterusnya atau sehingga anda menyahaktifkannya.
Petua: Anda juga boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan Night Shift menggunakan Pusat Kawalan. Klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Paparan, kemudian klik butang Night Shift. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Night Shift.