Memerlukan kata laluan selepas membangkitkan Mac anda
Untuk memastikan maklumat pada Mac anda selamat apabila anda berjauhan dengannya, setkannya untuk diperlukan kata laluan apabila ia terjaga dari tidur. Apabila anda kembali ke Mac anda, taipkan nama dan kata laluan log masuk untuk menyambung bekerja.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Umum.
Pilih “Memerlukan kata laluan… selepas tidur atau selang penyelamat skrin.”
Klik menu timbul dan pilih tempoh masa berlalu sebelum kata laluan diperlukan.
Mengunci skrin tidak mencegah pengguna lain daripada menyahaktifkan Mac, memulakannya semula dan pengelogan masuk. Jika anda berpendapat ia boleh berlaku dan anda menggunakan app yang tidak menyimpan perubahan anda secara automatik, pastikan anda menyimpan kerja anda sebelum meninggalkan Mac.
Anda boleh menggunakan nama dan kata laluan pentadbir anda untuk membuka kunci skrin untuk anda sendiri atau pengguna standard, tetapi bukan untuk pentadbir lain.