Sediakan pencetak berbilang fungsi untuk menghantar faks pada Mac
Jika anda mempunyai pencetak berbilang fungsi yang disambungkan ke Mac anda, ikuti arahan ini untuk menyediakannya untuk menghantar faks.
Nota: macOS Sierra dan lebih baharu tidak menyokong penghantaran faks menggunakan modem faks legasi. Jika anda pernah menggunakan modem faks sebelum ini dengan Mac, anda mungkin boleh terus menggunakannnya untuk menghantar dan menerima faks dengan memasang perisian faks pihak ketiga. Anda juga boleh cuba menggunakan perkhidmatan faks internet. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, cari “perisian faks” atau “perkhidmatan faks internet” di internet.
Ikuti arahan yang disertakan dengan pencetak untuk menyediakannya dan menyambungkannya ke Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda tidak melihat pencetak berbilang fungsi anda dalam senarai, klik butang Tambah Pencetak, Pengimbas, atau Faks di sebelah kanan.
Pilih pencetak anda dalam senarai, klik menu timbul Guna, pilih versi perisian pencetak yang menyokong faks, kemudian klik Tambah.
Jika pencetak berbilang fungsi anda serasi dengan macOS Sierra atau lebih baharu, keupayaan faks akan ditambah secara automatik apabila anda menambah pencetak. Jika anda tidak boleh menambah pencetak sebagai mesin faks, lihat dokumentasi yang disertakan dengan pencetak untuk mengetahui cara menggunakannya bagi menghantar dan menerima faks.
Untuk menyediakan giliran Faks untuk pencetak berbilang fungsi anda, lakukan yang berikut:
Klik pencetak atau pengimbas dalam senarai Pencetak.
Taipkan nama untuk giliran faks dalam medan Nama.
Taipkan nombor faks pencetak berbilang fungsi dalam medan nombor Faks.
Untuk berkongsi faks ini daripada peranti ini dengan orang lain pada rangkaian, klik “Kongsi faks ini pada rangkaian”. Jika anda tidak boleh mengaktifkan perkongsian untuk peranti faks ini, klik Buka Seting Perkongsian dan aktifkan Perkongsian Pencetak.
Klik Selesai.
Sebagai alternatif untuk faks, pertimbangkan untuk mengimbas dokumen anda dan menyimpannya sebagai PDF atau format teks lain yang anda boleh e-mel. Anda juga mungkin boleh menghantar dan menerima faks dengan perkhidmatan faks internet.