Sediakan pencetak berbilang fungsi untuk menghantar faks daripada Mac anda
Jika anda mempunyai pencetak berbilang fungsi yang disambungkan ke Mac anda, ikuti arahan ini untuk menyediakannya untuk menghantar faks.
Nota: macOS Sierra dan lebih baru tidak menyokong penghantaran faks menggunakan modem faks legasi. Jika anda pernah menggunakan modem faks sebelum ini dengan Mac, anda mungkin boleh terus menggunakannnya untuk menghantar dan menerima faks dengan memasang perisian faks pihak ketiga. Anda juga boleh cuba menggunakan perkhidmatan faks Internet. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, cari “perisian faks” atau “perkhidmatan faks Internet” di Internet.
Ikuti arahan yang disertakan dengan pencetak untuk menyediakannya dan menyambungkannya ke Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas.
Jika anda tidak melihat pencetak berbilang fungsi anda dalam senarai di sebelah kiri, klik butang Tambah . Jika menu timbul muncul, pilih Tambah Pencetak atau Pengimbas.
Pilih pencetak anda dalam senarai, klik menu timbul Guna, pilih versi perisian pencetak yang menyokong faks, kemudian klik Tambah.
Untuk mendapatkan maklumat tentang perisian yang hendak dipilih, lihat artikel Sokongan Apple Pemacu pencetak dan pengimbas untuk Mac.
Jika pencetak berbilang fungsi anda serasi dengan macOS Sierra, keupayaan faks akan ditambah secara automatik apabila anda menambah pencetak. Jika anda tidak boleh menambah pencetak sebagai mesin faks, lihat dokumentasi yang disertakan dengan pencetak untuk mengetahui cara menggunakannya bagi menghantar dan menerima faks.
Sebagai alternatif untuk faks, pertimbangkan untuk mengimbas dokumen anda dan menyimpannya sebagai PDF atau format teks lain yang anda boleh e-mel. Anda juga mungkin boleh menghantar dan menerima faks dengan perkhidmatan faks Internet.