Tukar pilihan PPP lanjutan pada Mac
Jika anda menggunakan modem dail, anda boleh mengawal:
Apabila modem anda bersambung dan diputuskan sambungan daripada internet
Berapa lama modem anda kekal bersambung apabila ia tidak aktif
Berapa kali modem mendail semula ISP anda jika talian sibuk
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih modem anda dalam senarai di kiri.
Jika modem anda tiada dalam senarai, klik butangTambah di bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Modem (dalaman atau luaran). Berikan nama perkhidmatan, kemudian klik Cipta. Masukkan maklumat yang anda terima daripada ISP anda, seperti nombor telefon dail modem, nama akaun dan kata laluan.
Klik Lanjutan, kemudian klik PPP.
Pilih seting yang anda mahu gunakan dengan modem anda.