Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan modem dail
Anda boleh menyediakan modem pendailan menggunakan keutamaan Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih modem anda.
Jika modem anda tiada dalam senarai, pastikan ia disambungkan ke Mac anda (sama ada secara dalaman atau luaran), kemudian klik butang Tambah di bahagian bawah senarai. Klik menu timbul Antara Muka, pilih Modem, berikan nama modem, kemudian klik Cipta. Masukkan seting yang disediakan oleh ISP anda, seperti nombor telefon akses, nama pengguna anda dan kata laluan anda.
Jika anda mempunyai konfigurasi untuk berbilang akaun, klik menu timbul Konfigurasi, kemudian pilih akaun yang anda mahu sambungkan.
Anda juga boleh menambah atau mengedit konfigurasi menggunakan menu timbul.
Klik Sambung.
Jika anda pilih “Tunjukkan status modem dalam bar menu,” anda boleh gunakan ikon status modem untuk bersambung ke internet. Hanya klik ikon, kemudian pilih Sambung.