Setkan tarikh dan masa pada Mac anda secara automatik
Anda boleh mengesetkan tarikh dan masa secara automatik menggunakan pelayan masa rangkaian. Pastikan masa anda betul supaya cap masa pada e-mel, mesej dan fail betul.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Tarikh & Masa di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan “Setkan masa dan tarikh secara automatik”, klik Set, kemudian masukkan pelayan masa rangkaian untuk rantau anda.
Aktifkan “Setkan zon waktu secara automatik menggunakan lokasi semasa anda”.
Untuk memilih format yang digunakan untuk menunjukkan tarikh dan masa dalam bahasa lain pada Mac anda, lihat Tukar cara tarikh, masa dan banyak lagi dipaparkan.
Anda boleh memilih cara tarikh dan masa kelihatan dalam bar menu. Lihat Tukar seting Pusat Kawalan.
Petua: Klik tarikh dan masa dalam bar menu untuk membuka Pusat Pemberitahuan. Lihat Gunakan Pusat Pemberitahuan.