Tukar seting Pusat Kawalan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Pusat Kawalan untuk memilih item untuk disertakan dalam Pusat Kawalan dan item yang kelihatan dalam bar menu. Ketahui cara menggunakan Pusat Kawalan.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Pusat Kawalan untuk saya
Modul Pusat Kawalan
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Modul ini sentiasa ditunjukkan dalam Pusat Kawalan. Anda boleh memilih masa ia juga patut ditunjukkan dalam bar menu. Klik menu timbul bersebelahan modul, kemudian pilih pilihan:
|
Modul Lain
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Modul ini boleh ditambah pada Pusat Kawalan dan bar menu. Sesetengah modul mempunyai pilihan tambahan yang tersedia. Aktifkan atau nyahaktifkan pilihan di bawah setiap modul. Pilihan ini tersedia untuk setiap modul:
Jika anda menggunakan komputer riba Mac dan memilih untuk menunjukkan Bateri dalam bar menu, anda juga boleh menunjukkan peratusan cas bateri (peratusan sentiasa ditunjukkan apabila Bateri dalam Pusat Kawalan). Untuk mengeset pilihan bar menu untuk Penukaran Pengguna Cepat, klik menu timbul bersebelahan Tunjukkan dalam Bar Menu (di bawah Penukaran Pengguna Cepat), kemudian pilih pilihan:
|
Bar Menu Sahaja
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jam sentiasa ditunjukkan dalam bar menu. Klik Pilihan Jam, kemudian pilih cara anda mahu tarikh dan masa dipaparkan. Di bawah Tarikh, klik menu timbul “Tunjukkan tarikh”, kemudian pilih Sentiasa, Apabila Terdapat Ruang atau Jangan. Anda juga boleh memilih sama ada untuk menunjukkan hari dalam minggu dalam bar menu. Di bawah Masa, pilih gaya jam, sama ada untuk menggunakan jam 24 jam dan sama ada untuk memaparkan masa dengan saat. Anda juga boleh memilih untuk menjadikan masa diumumkan secara berkala dengan suara pilihan anda. | ||||||||||
| Modul ini boleh ditunjukkan dalam bar menu. Klik menu timbul bersebelahan modul, kemudian pilih pilihan:
|