Pulihkan pengguna yang telah dipadamkan pada Mac
Jika anda simpan folder utama pengguna yang dipadamkan, anda boleh pulihkan pengguna dan folder utama pengguna.
Kaedah yang anda gunakan bergantung sama ada anda menyimpan folder utama sebagai imej cakera atau folder biasa.
Pulihkan folder utama daripada imej cakera
Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Pergi ke Folder, masukkan /Pengguna/Pengguna Dipadamkan, kemudian klik Pergi.
Buka fail imej cakera untuk folder utama pengguna dipadam.
Nama imej cakera bermula dengan nama akaun pengguna itu dan berakhir dengan .dmg.
Kandungan folder utama muncul dalam tetingkap baharu.
Pilih Fail > Tetingkap Finder Baharu kemudian buka folder Pengguna.
Tekan dan tahan kekunci Option sementara menyeret ikon imej cakera untuk pengguna dipadamkan ke folder Pengguna, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk meneruskan.
Folder utama pengguna yang dipadamkan disalin ke folder Pengguna.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Tambah Akaun di bawah senarai pengguna di sebelah kanan.
Klik menu timbul Akaun Baharu, kemudian pilih jenis pengguna.
Masukkan nama penuh untuk pengguna.
Nama akaun dihasilkan secara automatik.
Jika perlu, edit nama akaun supaya ia sepadan dengan nama folder utama pengguna yang dipadamkan.
Masukkan kata laluan untuk pengguna dalam medan Kata Laluan dan Sahkan, kemudian masukkan pembayang untuk membantu pengguna mengingati kata laluan.
Untuk menggunakan Pembantu Kata Laluan, klik kunci bersebelahan medan Kata Laluan. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan rantai kunci yang selamat.
Klik Cipta Pengguna.
Klik Gunakan Folder Sedia Ada.
Pulihkan folder utama daripada folder yang disimpan
Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Pergi ke Folder, masukkan /Pengguna, kemudian klik Pergi.
Nama folder utama pengguna yang dipadamkan berada dalam folder /Pengguna dan namanya adalah sama seperti nama akaun pengguna itu, dikuti dengan (Dipadamkan).
Nama semula folder utama pengguna yang dipadamkan itu dengan mengeluarkan (Dipadamkan), supaya nama folder berpadanan tepat dengan nama akaun pengguna dipadamkan.
Anda mungkin diminta untuk memasukkan nama dan kata laluan pentadbir anda sebelum anda boleh menukar nama folder.
Ikuti langkah 5 hingga 12 dalam Pulihkan folder utama daripada imej cakera.
Selepas memulihkan pengguna daripada folder utama disimpan, anda boleh memilih “Benarkan pengguna untuk mentadbir komputer ini”.