Pulihkan pengguna yang telah dipadamkan pada Mac
Jika anda simpan folder utama pengguna yang dipadamkan, anda boleh pulihkan pengguna dan folder utama pengguna.
Teknik yang anda gunakan bergantung sama ada folder utama anda disimpan sebagai imej cakera atau folder biasa.
Pulihkan folder utama daripada imej cakera
Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Pergi ke Folder, masukkan /Pengguna/Pengguna Dipadamkan, kemudian klik Pergi.
Buka fail imej cakera untuk folder utama pengguna dipadam.
Nama imej cakera bermula dengan nama akaun pengguna itu dan berakhir dengan .dmg.
Kandungan folder utama muncul dalam tetingkap baharu.
Pilih Fail > Tetingkap Finder Baharu kemudian buka folder Pengguna.
Tekan dan tahan kekunci Option sementara menyeret ikon imej cakera untuk pengguna dipadamkan ke folder Pengguna, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk meneruskan.
Folder utama pengguna yang dipadamkan disalin ke folder Pengguna.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan .
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Klik butang Tambah di bawah senarai pengguna.
Klik menu timbul Akaun Baharu, kemudian pilih jenis pengguna.
Masukkan nama penuh untuk pengguna.
Jika perlu, edit nama akaun supaya ia sepadan dengan nama folder utama pengguna yang dipadamkan.
Nama akaun dihasilkan secara automatik.
Masukkan kata laluan untuk pengguna dalam medan Kata Laluan dan Sahkan, kemudian masukkan pembayang untuk membantu pengguna mengingati kata laluan.
Untuk menggunakan Pembantu Kata Laluan, klik kunci bersebelahan medan Kata Laluan. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan selamat.
Klik Cipta Pengguna.
Klik Gunakan Folder Sedia Ada.
Pulihkan folder utama daripada folder yang disimpan
Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Pergi ke Folder, masukkan /Pengguna, kemudian klik Pergi.
Nama folder utama pengguna yang dipadamkan berada dalam folder /Pengguna dan namanya adalah sama seperti nama akaun pengguna itu, dikuti dengan (Dipadamkan).
Nama semula folder utama pengguna yang dipadamkan itu dengan mengeluarkan (Dipadamkan), supaya nama folder berpadanan tepat dengan nama akaun pengguna dipadamkan.
Anda mungkin diminta untuk memasukkan nama dan kata laluan pentadbir anda sebelum anda boleh menukar nama folder.
Ikuti langkah 4 hingga 12 dari Pulihkan folder utama daripada imej cakera.
Selepas memulihkan pengguna daripada folder utama disimpan, anda boleh memilih “Benarkan pengguna untuk mentadbir komputer ini”.