![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/26e4e3c792de8c485660acf7dfb950d5.png)
Tukar dengan cepat antara pengguna pada Mac
Jika Mac anda mempunyai berbilang pengguna, pentadbir boleh mengaktifkan penukaran pengguna cepat untuk membolehkan lebih daripada satu pengguna kekal untuk log masuk pada masa yang sama.
Aktifkan penukaran pengguna cepat
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian klik Pilihan Log Masuk.
Klik ikon kunci
untuk membukanya.
Masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Pilih “Tunjukkan menu penukaran pengguna cepat sebagai,” kemudian pilih rupa menu penukaran pengguna cepat dalam bar menu.
Tukar dengan menggunakan kata laluan
Pada Mac anda, klik menu penukaran pengguna cepat dalam bar menu, kemudian pilih nama pengguna anda.
Menu penukaran pengguna cepat berada di penjuru kanan atas dan kelihatan seperti ikon pengguna atau menunjukkan nama pengguna semasa, bergantung pada seting dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan.
Masukkan kata laluan anda, kemudian klik anak panah.
Tukar dengan menggunakan Touch ID
Pada Mac anda, klik menu penukaran pengguna cepat dalam bar menu, kemudian pilih nama anda.
Menu penukaran pengguna cepat berada di penjuru kanan atas dan kelihatan seperti ikon pengguna atau menunjukkan nama pengguna semasa, bergantung pada seting dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan.
Letakkan jari anda pada Touch ID.
Untuk memaparkan tetingkap log masuk berbanding bertukar secara terus ke pengguna lain, klik menu penukaran pengguna cepat dalam bar menu, kemudian pilih Tetingkap Log Masuk.