Apakah yang ada dalam menu Apple pada Mac?
Menu Apple terletak di penjuru kiri atas skrin. Kliknya untuk mengakses Seting Sistem dan app, dokumen dan item lain yang terbaru diguna.
Item menu Apple | Perihalan |
---|---|
Perihal Mac Ini | Lihat maklumat tentang Mac anda, seperti versi macOS, jenis pemproses atau cip dan jumlah memori. Klik Info Lanjut untuk butiran tambahan dan untuk mengoptimumkan storan. |
Seting Sistem | Buka Seting Sistem untuk menyesuaikan kebanyakan seting Mac anda dan mengemas kini macOS. |
App Store | Lawati App Store, tempat yang anda akan menemui app yang menarik dan menyeronokkan untuk Mac anda serta kemas kini untuk app, pencetak dan banyak lagi. |
Item Terbaru | Ketika anda menggunakan app, fail dan komputer rangkaian (pelayan), nama mereka ditambahkan ke senarai ini supaya anda boleh mengakses mereka dengan cepat pada masa hadapan. Anda boleh setkan pilihan bagi menentukan jumlah item untuk ditunjukkan dalam senarai. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Desktop & Dock dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Pergi ke Bar Menu pada sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan “Dokumen, aplikasi dan pelayan terbaru diguna”, kemudian pilih jumlah item untuk dipaparkan. |
Keluar Paksa | Pilih pilihan ini jika app tidak bertindak balas. Penting: Jika anda memaksa app keluar, anda mungkin kehilangan sebarang perubahan yang tidak disimpan. |
Tidur | Malapkan skrin dan kurangkan penggunaan kuasa tanpa menyahaktifkan Mac anda. |
Mula Semula | Matikan Mac anda seketika, kemudian jadikannya hidup serta-merta secara automatik. |
Tutup | Nyahaktifkan Mac anda sepenuhnya. |
Kunci Skrin | Kunci skrin serta-merta apabila diperlukan untuk memastikan Mac dan maklumat anda selamat. Lihat Kunci skrin Mac anda. |
Log Keluar | Log keluar akaun pengguna semasa tanpa menutup Mac. Tindakan ini berguna jika anda berkongsi Mac anda dengan pengguna lain yang mempunyai akaun mereka sendiri. |