Apakah yang ada dalam menu Apple pada Mac?
Menu Apple terletak di penjuru kiri atas skrin. Kliknya untuk mengakses Keutamaan Sistem dan app, dokumen dan item lain yang terbaru digunakan.
Item menu Apple | Perihalan |
---|---|
Perihal Mac Ini | Lihat maklumat tentang Mac anda— termasuk versi macOS anda—jenis pemproses dan jumlah memori dan mengoptimumkan storan. Anda juga boleh melihat manual untuk Mac anda dan mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan atau pembaikan. |
Keutamaan Sistem | Buka Keutamaan Sistem untuk menyesuaikan kebanyakan seting Mac anda dan mengemas kini macOS. |
App Store | Lawati App Store, tempat yang anda akan menemui app yang menarik dan menyeronokkan untuk Mac anda serta kemas kini untuk app, pencetak dan banyak lagi. |
Lokasi | Pilih lokasi rangkaian Pilihan ini muncul hanya jika anda menggunakan berbilang lokasi rangkaian. |
Item Terbaru | Ketika anda menggunakan app, fail dan komputer rangkaian (pelayan), nama mereka ditambahkan ke senarai ini supaya anda boleh mengakses mereka dengan cepat pada masa hadapan. Anda boleh setkan pilihan dalam keutamaan Umum bagi menentukan berapa banyak item untuk ditunjukkan dalam senarai. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum. |
Keluar Paksa | Pilih pilihan ini jika app tidak bertindak balas. Penting: Jika anda memaksa app keluar, anda mungkin kehilangan sebarang perubahan yang tidak disimpan. |
Tidur | Malapkan skrin dan kurangkan penggunaan kuasa tanpa menyahaktifkan Mac anda. |
Mula Semula | Nyahaktifkan Mac anda, kemudian aktifkan semula. |
Tutup | Nyahaktifkan Mac anda sepenuhnya. |
Kunci Skrin | Kunci skrin serta-merta (anda tidak dilog keluar). Ini berguna jika anda perlu melangkah jauh daripada Mac anda untuk sebarang sebab. Anda juga boleh mengeset sudut pantas untuk mengunci skrin. |
Log Keluar | Log keluar akaun pengguna semasa tanpa menutup Mac. Ini adalah berguna jika anda berkongsi Mac anda dengan pengguna lain yang mempunyai akaun mereka sendiri. |