Jika skrin Mac anda menjadi hitam
Jika skrin anda menjadi hitam, Mac atau paparan anda mungkin telah tidur. Jika anda mempunyai komputer mudah alih, ia mungkin kehabisan kuasa.
Komputer atau paparan anda mungkin telah tidur
Jika skrin anda menjadi gelap dan kemudian aktif semula apabila anda menekan kekunci atau mengklik tetikus atau butang trackpad, Mac atau paparan anda telah tidur. Untuk menjimatkan tenaga, Mac dan paparan anda tidur secara automatik apabila tidak digunakan.
Anda boleh menetapkan Mac dan paparan anda agar tidur pada masa yang berlainan. Memandangkan paparan bangun lebih cepat daripada bahagian Mac anda yang lain, anda hendaklah menetapkan agar paparannya tidur sebelum Mac. Lihat Setkan masa tidur dan bangun untuk Mac anda.
Komputer mudah alih anda mungkin tiada kuasa
Jika skrin komputer mudah alih anda menjadi hitam, tetapi tidak tidur, mungkin ia kehabisan kuasa.
Pasang penyesuai kuasa ke dalam komputer dan ke dalam salur keluar kuasa.
Cabut sebarang peranti yang disambungkan ke komputer anda, kecuali penyesuai kuasa.
Tahan terus kekunci Command dan Control semasa anda menekan butang kuasa untuk mulakan semula komputer.
Biarkan bateri dicaskan sekurang-kurangnya 10 peratus sebelum memasang ke dalam sebarang peranti luaran dan meneruskan kerja anda.
Ikon bateri dalam bar menu menunjukkan bahawa bateri sedang mengecas . Apabila mengecas selesai, ikon menunjukkan yang bateri telah penuh .