![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/03f699f439104b8e89bda1200d9d67aa.png)
Sesuaikan kalibrasi Apple Pro Display XDR atau Apple Studio Display anda
Jika aliran kerja anda memerlukan kalibrasi tersuai, seperti reka bentuk grafik atau pengeditan video, anda boleh mengkalibrasi semula Pro Display XDR atau Studio Display anda menggunakan Kalibrasi Pro Display untuk memenuhi keperluan anda.
Sebelum anda bermula
Sebelum anda boleh menggunakan Kalibrasi Pro Display, lakukan perkara berikut:
Pastikan Mac anda mempunyai versi terkini macOS Ventura.
Pastikan paparan anda mempunyai perisian tegar terkini. Lihat artikel Sokongan Apple Baharu dalam kemas kini perisian tegar untuk Apple Pro Display XDR dan artikel Sokongan Apple Baharu dalam kemas kini perisian tegar untuk Apple Studio Display anda.
Sambungkan Mac anda ke paparan yang anda mahu kalibrasi. Menyambungkan paparan anda dengan kabel Apple Thunderbolt disyorkan apabila menggunakan Kalibrasi Pro Display.
Sambungkan spektroradiometer disokong ke Mac anda. Instrumen berikut boleh digunakan dengan Kalibrasi Pro Display:
Photo Research: PR-740, PR-745, atau PR-788 (Lebar jalur yang dicadangkan ialah 4nm atau 5nm dan apertur yang diperlukan ialah 0.1, 0.125, 0.2, atau 0.25.)
Colorimetry Research: CR-300
Pastikan bilik malap atau gelap dan cukup diudarakan.
Pastikan paparan pada suhu ambien biasa, diletakkan jauh daripada udara yang bertiup, seperti salur penyaman udara atau salur ekzos daripada kelengkapan lain.
Petua: Jika anda mahu mewujudkan garis dasar untuk paparan anda, ukur paparan anda sebelum dan selepas kalibrasi. Gunakan spektroradiometer yang sama untuk pengukuran dan kalibrasi. Lihat artikel Sokongan Apple Ukur kalibrasi Apple Pro Display XDR dan Apple Studio Display anda.
Menentukur paparan anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik paparan yang anda mahu kalibrasi semula di sebelah kanan, klik menu timbul Praset, kemudian klik Kalibrasi Paparan.
Selepas Kalibrasi Pro Display dibuka, klik Kalibrasi.
Ikuti arahan atas skrin untuk memulakan proses kalibrasi. Kalibrasi mungkin mengambil masa 2 jam untuk selesai, yang termasuk 30 minit tempoh pemanasan. Selepas kalibrasi selesai, klik Selesai.
Nota: Jika Mac anda mempunyai lebih daripada satu paparan bersambung, anda akan boleh melihat status kalibrasi pada paparan yang tidak dikalibrasi. Jika anda mengkalibrasi hanya paparan anda yang disambungkan, anda tidak akan dapat melihat status semasa proses kalibrasi, tetapi akan mendapat mesej apabila proses selesai.
Reset kalibrasi paparan anda
Anda boleh mengembalikan paparan anda ke kalibrasi kilang menggunakan Kalibrasi Pro Display.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik paparan yang anda mahu kalibrasi semula di sebelah kanan, klik menu timbul Praset, kemudian klik Kalibrasi Paparan.
Selepas Kalibrasi Pro Display dibuka, klik Reset Kalibrasi.