Tala halus kalibrasi paparan anda
Anda boleh menala halus kalibrasi semasa paparan anda dengan melaraskan titik putih dan luminans untuk memadankan sasaran kalibrasi paparan dalaman anda sendiri dengan lebih tepat.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik Seting Paparan di sebelah kanan, klik menu timbul Praset, kemudian klik Tala Halus Kalibrasi.
Jika Tala Halus Kalibrasi dimalapkan dan anda menggunakan Mac yang disokong, anda mungkin perlu menukar mod rujukan yang paparan anda gunakan. Jika anda menggunakan mod rujukan tersuai, pilih Hadkan Luminans ke Keupayaan Skrin Penuh untuk mendayakan penalaan halus. Anda boleh menala halus kalibrasi Apple Pro Display XDR, Apple Studio Display, MacBook Pro 14 inci (2021 atau lebih baharu) atau MacBook Pro 16 inci (2021 atau lebih baharu), tidak kira mod rujukan yang anda gunakan.
Buka seting Paparan untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Titik Putih (x) | Koordinat kekromaan x seperti yang diterangkan dalam ruang warna CIE 1931 xyY semasa mengukur imej putih. | ||||||||||
Titik Putih (y) | Koordinat kekromaan y seperti yang diterangkan dalam ruang warna CIE 1931 xyY semasa mengukur imej putih. | ||||||||||
Luminans (cd/m2) | Nilai Y (luminans) seperti yang diterangkan dalam ruang warna CIE 1931 xyY semasa mengukur imej putih. | ||||||||||
Perihalan | Masukkan perihalan pilihan. | ||||||||||
Penalaan Halus Semasa |
| ||||||||||
Pulihkan Lalai | Mengeluarkan penalaan halus sedia ada dan menukar paparan kembali ke keadaan ditentukur semasa. |
Anda juga boleh mengukur kalibrasi paparan anda dan melaksanakan kalibrasi semula dalam medan untuk Pro Display XDR dan Studio Display.