Jejak penggunaan app dan peranti dalam Masa Skrin pada Mac
Masa Skrin memaparkan jumlah masa yang anda dan anak anda luangkan dalam app, jumlah pemberitahuan yang anda terima dan bilangan kali anda menggunakan Mac dan peranti lain anda. Anda boleh menukar paparan untuk menunjukkan statistik untuk tempoh masa yang berlainan, serta untuk app dan peranti individu.
Anda tidak boleh melihat laporan sehingga anda mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda ialah ibu bapa/penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul Ahli Keluarga di sebelah kanan, kemudian pilih ahli keluarga.
Untuk melihat laporan penggunaan app, klik Aktiviti App & Tapak Web.
Paparkan statistik mengikut peranti: Klik menu timbul Peranti untuk memilih peranti tertentu, atau pilih Semua Peranti untuk melihat statistik yang digabungkan.
Tukar tempoh masa: Gunakan menu timbul dan butang anak panah di atas carta untuk memilih tarikh tunggal atau seminggu untuk paparan.
Paparkan statistik untuk app: Klik menu timbul di bawah carta, pilih Tunjukkan App, kemudian pilih app atau pilih Semua App.
Paparkan statistik untuk kategori app: Klik menu timbul di bawah carta, pilih Tunjukkan Kategori, kemudian pilih kategori app atau pilih Semua Kategori.
Lihat maklumat tentang had dan app: Jika ikon Had
muncul dalam lajur had, item ini mempunyai had ditetapkan padanya. Untuk menambah had pada item yang tidak ditetapkan had, letakkan penuding di atas baris di bawah lajur had, kemudian klik butang Tambah Had . Klik butang Infountuk melihat maklumat tentang app dan had yang ditetapkan padanya (jika ada). Butang Info tersedia hanya untuk app.
Lihat Lihat seting Aktiviti App & Tapak Web dalam Masa Skrin.
Untuk melihat bilangan pemberitahuan yang diterima daripada app, klik butang Balik
, kemudian klik Pemberitahuan.
Paparkan statistik mengikut peranti: Klik menu timbul Peranti untuk memilih peranti tertentu, atau pilih Semua Peranti untuk melihat statistik yang digabungkan.
Tukar tempoh masa: Gunakan menu timbul dan butang anak panah di atas carta untuk memilih tarikh tunggal atau seminggu untuk paparan.
Paparkan statistik untuk app: Pilih app atau pilih Semua App.
Untuk melihat jumlah anda dan ahli keluarga membangunkan peranti, klik butang Balik, kemudian klik Skrin Aktif.