Kawal akses ke fail dan folder anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses fail dan folder anda dalam folder Desktop, Muat Turun dan Dokumen anda. Anda boleh tentukan app dan tapak web yang dibenarkan untuk mengakses fail dan folder di lokasi tertentu.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih Fail dan Folder.
Pilih kotak semak di bawah app untuk membenarkannya untuk mengakses fail dan folder di lokasi tersebut.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk mengakses ke fail dan folder anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan macOS.