Tukar keutamaan Sidecar pada Mac
Pada Mac anda, gunakan Keutamaan Sistem Sidecar untuk mengesetkan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda dan menyesuaikan cara bar sisi dan Touch Bar ditunjukkan pada iPad.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sidecar.
Buka keutamaan Sidecar untuk saya
Nota: Untuk menggunakan Sidecar, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac anda dan iPad yang berdekatan (pengesahan dua faktor mesti diaktifkan untuk Apple ID anda).
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Sambung ke | Klik menu timbul untuk memilih iPad (jika lebih daripada satu tersedia) untuk digunakan sebagai paparan kedua untuk Mac anda. |
Tunjukkan Bar Sisi | Pilih kotak semak untuk menunjukkan bar sisi pada iPad anda, kemudian pilih lokasi daripada menu timbul. |
Tunjukkan Touch Bar | Pilih kotak semak untuk menunjukkan Touch Bar pada iPad anda, kemudian pilih lokasi daripada menu timbul. Apabila anda menggunakan app yang menyokong Touch Bar pada iPad anda, Touch Bar ditunjukkan dalam lokasi yang anda tentukan. Butang yang tersedia dalam Touch Bar berbeza bergantung pada app dan tugas semasa. |
Dayakan dwiketik pada Apple Pencil | Pilih kotak semak supaya anda dapat mendwiketik bahagian bawah Apple Pencil untuk menukar alat lukisan dalam sesetengah app (jika Apple Pencil anda menyokongnya). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Apple Pencil dengan iPad atau iPad Pro anda. |
Anda tidak perlu untuk menyambungkan iPad anda ke Mac anda dengan kabel untuk menggunakan Sidecar.