daftar masuk dengan Apple ID

Daftar masuk dengan Apple ID anda pada Mac anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti iTunes Store, App Store, Apple Books dan iCloud. Anda boleh melihat dan menukar maklumat Apple ID anda, termasuk nama anda, foto, maklumat hubungan, seting kata laluan dan keselamatan serta maklumat bayaran dan penghantaran. Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti, maklumat dan kandungan anda tersedia pada semua peranti tersebut.

Untuk mendaftar masuk pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Daftar Masuk, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda. Untuk mendapatkan maklumat tentang mendaftar masuk pada peranti lain anda, lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.