Benarkan app menjana kod boleh laksana
Sesetengah app dan tapak web boleh menjana kod boleh laksana untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menjana kod boleh laksana untuk membenarkan komunikasi dan untuk perkongsian maklumat dengan app lain.
Untuk membenarkan app atau tapak web menjana kod boleh laksana, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan app untuk menjana kod boleh laksana, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menjana kod boleh laksana, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya