Benarkan penggunaan mikrofon dan input audio
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan mikrofon anda untuk membantu anda menyediakan rakaman atau perkhidmatan perbualan suara. Lihat Kawal akses ke mikrofon.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan mikrofon dan peranti input audio anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Mikrofon di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)