Sediakan kaedah bayaran dan alamat penghantaran Apple ID anda pada Mac
Anda menggunakan seting Bayaran & Penghantaran Apple ID untuk menukar maklumat bayaran dan penghantaran yang dikaitkan dengan Apple ID anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID.
Klik Bayaran & Penghantaran di sebelah kanan, kemudian lihat atau tukar yang berikut:
Kaedah Bayaran: Tunjukkan kaedah bayaran yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Anda boleh mengurus kaedah bayaran untuk Apple ID anda dalam Seting pada iPhone atau iPad dengan iOS 12.2 atau lebih baharu, atau dalam App Store pada peranti dengan versi iOS yang lebih awal. Pada Mac atau PC, gunakan Mac App Store atau iTunes (jika tersedia).
Baki Apple Cash: Memaparkan Baki Apple Cash anda, yang anda boleh gunakan dengan iPhone, iPad, atau Apple Watch serasi Apple Pay yang didaftar masuk dengan Apple ID anda.
Baki Apple Card: Memaparkan baki semasa anda (jika anda mempunyai Apple Card).
Alamat Penghantaran: Menunjukkan nama dan alamat penghantaran yang digunakan untuk pembelian daripada Apple Store. Klik “Tambah alamat penghantaran” untuk memasukkan nama dan alamat surat-menyurat bagi Apple ID anda atau klik Edit untuk mengemas kininya.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.