Sediakan kaedah bayaran dan alamat penghantaran Apple ID anda pada Mac
Anda menggunakan keutamaan Bayaran & Penghantaran untuk menukar maklumat bayaran dan penghantaran yang berkaitan dengan Apple ID anda.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Bayaran & Penghantaran dalam bar sisi.
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Lihat atau tukar yang berikut:
Kaedah Bayaran: Pilihan ini menunjukkan kaedah bayaran disediakan apabila anda mencipta Apple ID anda. Untuk menukar kaedah bayaran anda, klik Butiran dan masukkan maklumat kad kredit dan alamat bil anda.
Alamat Penghantaran: Pilihan ini menunjukkan nama dan alamat penghantaran yang digunakan untuk pembelian daripada Apple Store. Klik Edit untuk menukar alamat surat-menyurat untuk Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.