![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/f7525bbbe25b38d404b665bf273768ff.png)
Pastikan Mac dan data anda selamat
![Tetingkap Safari menunjukkan dialog Daftar Masuk yang bertanya jika pengguna mahu menyimpan kunci laluan. Dialog menyatakan kunci laluan disimpan dalam rantai kunci iCloud anda dan tersedia untuk daftar masuk pada semua peranti Apple anda. Tanda semak biru menunjukkan yang kunci laluan telah dicipta dan terdapat pautan ke pilihan lain bagi mencipta kunci laluan.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/4b10e2720436fda62b7ecf0a2e6da05f.png)
Daftar masuk dengan lebih selamat
Anda boleh menggunakan kunci laluan untuk mendaftar masuk ke tapak web dan app secara mudah dan selamat dengan Touch ID atau Face ID—tanpa perlu mengingati kata laluan yang panjang. Kunci laluan disulitkan secara hujung ke hujung, selamat daripada kebocoran data dan diselaraskan merentas semua peranti Apple anda.
![App Safari menunjukkan dialog iCloud+ dan Sembunyikan E-mel Saya.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/14b86c6c1c3e223f01ca142f60b3ab2c.png)
Pastikan alamat e-mel anda peribadi
Langgan iCloud+ dan cipta alamat e-mel rawak yang unik dengan Sembunyikan E-mel Saya. Anda boleh menggunakan alamat ini untuk menghantar e-mel, semasa anda mengisi borang pada tapak web dan banyak lagi—tanpa berkongsi alamat e-mel sebenar anda.
![Tetingkap Safari dengan dialog yang menerangkan bahawa mengosongkan sejarah akan mengeluarkan kuki dan data tapak web lain yang berkaitan. Anda boleh mengosongkan sejarah satu jam lepas, semua sejarah hari ini, sejarah hari ini dan semalam, atau semua sejarah.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/eb21837cbb6a6558518ffefe8f9f4934.png)
Kosongkan sejarah pelayaran anda
Safari menyimpan sejarah pelayaran anda untuk menjadikannya mudah untuk kembali ke tapak web yang anda lawati. Jika anda mahu mengeluarkan rekod ini, anda boleh mengosongkan sejarah anda daripada semua peranti Apple anda.
![Laporan Privasi Safari.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/60e68368f54439e26f1db7f6a4b590d4.png)
Hentikan penjejak internet
Safari menghalang penjejak diketahui daripada menggunakan alamat IP anda untuk memprofilkan anda, jadi privasi anda dilindungi dengan lebih baik semasa anda melayari internet. Pencegahan Penjejakan Pintar menghalang pembekal kandungan pihak ketiga daripada menjejaki anda merentasi tapak web untuk mengiklankan produk dan servis mereka.
![Desktop Mac menunjukkan skrin log masuk dikunci dengan dua akaun pengguna.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/e9d9c579f2e70906687735172ffa62de.png)
Pastikan Mac anda selamat
Jadikan Mac anda lebih selamat dengan mencipta kunci laluan atau menggunakan kata laluan kukuh, mengehadkan bilangan pengguna pentadbir, memerlukan semua pengguna untuk log masuk, menyulitkan data dengan FileVault dan banyak lagi.