Jika anda terlupa kata laluan log masuk anda pada Mac
Jika anda tidak dapat mengingati kata laluan log masuk anda untuk Mac anda, cuba yang berikut:
Jika anda terlupa kata laluan ketika log masuk, klik tanda soal di dalam medan kata laluan untuk melihat pembayang. Jika anda tidak melihat tanda soal, kata laluan pengguna tidak mempunyai pembayang. Lihat Tambah pembayang kata laluan.
Jika anda mesti masukkan nama dan kata laluan pentadbir tetapi tidak mengetahuinya, minta bantuan orang yang sediakan Mac anda. Jika anda sediakan Mac, pengguna yang anda cipta semasa persediaan adalah pentadbir.
Jika anda tidak mempunyai pembayang kata laluan atau jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda selepas memaparkan pembayang dalam tetingkap log masuk, anda boleh reset kata laluan anda. Lihat Reset kata laluan log masuk Mac anda.