Bagaimana penyulitan FileVault berfungsi pada Mac?
Jika anda mempunyai maklumat sensitif pada Mac, anda boleh menggunakan penyulitan FileVault untuk melindungi fail daripada dilihat atau disalin. Sebagai contoh, jika anda menyimpan semua data kewangan syarikat anda pada komputer buku Mac anda, kehilangannya boleh menyebabkan seseorang dapat mengakses data sensitif yang mungkin memudaratkan perniagaan anda. FileVault mengekod maklumat yang disimpan dalam Mac anda supaya ia tidak boleh dibaca melainkan kata laluan log masuk dimasukkan.
Untuk memastikan keselamatan apabila anda mengaktifkan FileVault, ciri keselamatan lain juga diaktifkan. Sebagai contoh, apabila anda mengaktifkan FileVault, anda memerlukan kata laluan untuk log masuk apabila Mac anda tidur, atau selepas meninggalkan penyelamat skrin. Selepas peringkat permulaan, hanya pengguna yang didayakan dalam FileVault boleh log masuk; pengguna lain memerlukan pengguna didayakan dalam FileVault untuk log masuk dahulu dan kemudian log keluar.