![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/a33905283c1d56f94106106b7ac6d40d.png)
Mulakan dengan Mac anda
![Desktop Mac dengan Seting Sistem dibuka, menunjukkan seting daftar masuk Apple ID.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/d8f1395c9d0e0a34554f36a78d5b629c.png)
Daftar masuk dengan Apple ID anda
Apple ID ialah akaun peribadi yang anda gunakan untuk mengakses App Store, Apple Music, FaceTime, iCloud dan perkhidmatan Apple lain. Daftar masuk di mana-mana sahaja dengan Apple ID yang sama dan semuanya kekal terkini pada semua peranti anda.
![Skrin Kunci dengan foto gunung gurun disetkan sebagai gambar desktop. Gambar profil pengguna yang sedang dilog masuk kelihatan di bahagian bawah skrin.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/7e533dd610c1baa3ac4933072bf5e3f5.png)
Jadikan desktop anda milik anda
Pilih rupa yang anda mahu untuk hias latar anda—daripada latar belakang warna ringkas hingga ke foto kegemaran. Apabila anda memilih udara, hias latar juga menjadi penyelamat skrin anda.
![Pusat Kawalan di penjuru kanan atas skrin Mac, menunjukkan kawalan untuk Wi-Fi, Fokus dan Stage Manager, antara yang lainnya.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/1ccbe4ebfe4a7eec51b7e2ca73d36b05.png)
Tukar seting dengan cepat
Pusat Kawalan memberikan anda akses segera ke kawalan yang anda paling kerap gunakan, seperti Wi-Fi, kelantangan bunyi dan kecerahan paparan. Hanya klik ikon Pusat Kawalan dalam bar menu.
![Ikon app yang disertakan dengan macOS.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/7b9e05122ddce1856d5a1bb4136c4ab4.png)
Cari dan buka app
Mac anda didatangkan dengan berdozen app popular yang telah terbina dalam. Untuk melihat dan membuka app ini dengan mudah, klik ikon Launchpad dalam Dock.
![Desktop Mac dengan tetingkap Spotlight dibuka. Hasil carian menunjukkan butiran tentang artis muzik dan beberapa album mereka.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/f36dc4febf315719741d637c91bf122f.png)
Cari apa sahaja dengan Spotlight
Cari dengan Spotlight untuk menemui app, dokumen, e-mel, imej dan banyak lagi dengan cepat pada Mac anda. Daripada hasil carian, anda boleh memautkan ke lebih banyak info di web. Anda juga boleh menggunakan Spotlight untuk melakukan penukaran atau pengiraan cepat.
Mahu ketahui lebih lanjut? Jika anda baru berhijrah daripada PC ke Mac, lihat Bertukar daripada Windows ke Mac?