Tukar keutamaan Pilihan Time Machine pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Pilihan Time Machine untuk menentukan item yang anda mahu kecualikan daripada sandaran atau menukar pilihan lain.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Time Machine, kemudian klik Pilihan.
Buka keutamaan Time Machine untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai item dikecualikan | Item yang anda pilih untuk kecualikan daripada sandaran. |
Tambah | Untuk mengecualikan item daripada sandaran, klik butang Tambah , pilih item, kemudian klik Kecualikan. |
Keluarkan | Untuk mengeluarkan item daripada senarai, pilihnya, kemudian klik butang Keluarkan . Item akan termasuk dalam sandaran Time Machine yang seterusnya. |
Buat sandaran semasa menggunakan kuasa bateri (komputer mudah alih sahaja) | Cipta sandaran setiap jam walaupun jika Mac anda menggunakan kuasa bateri. |
Kecualikan fail dan aplikasi sistem | Kecualikan fail dan app sistem macOS daripada sandaran secara automatik. Apabila anda memilih kotak semak ini, fail dan app sistem tidak muncul dalam senarai item dikecualikan. Nota: Ia tidak disyorkan untuk menggunakan pilihan ini. Apabila anda berbuat demikian, anda tidak boleh menggunakan Time Machine untuk memulihkan sistem anda jika cakera permulaan anda rosak. Sebaliknya, anda mesti memasang semula macOS pada Mac anda, kemudian gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan maklumat anda daripada sandaran Time Machine atau peranti storan lain. |