Keutamaan Pilihan
Dalam keutamaan pilihan, anda boleh menentukan mana-mana item yang anda mahu kecualikan daripada sandaran dan setkan pilihan lain. Untuk membuka keutamaan pilihan Time Machine, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Time Machine, kemudian klik Pilihan.
Buka keutamaan Time Machine untuk saya
Tambah | Untuk mengecualikan item daripada sandaran, klik butang Tambah , pilih item, kemudian klik Kecualikan. |
Keluarkan | Untuk keluarkan item dari senarai, pilihnya dan klik butang Keluarkan . Item akan termasuk dalam sandaran Time Machine yang seterusnya. |
Buat sandaran semasa menggunakan kuasa bateri (komputer mudah alih sahaja) | Cipta sandaran setiap jam walaupun jika Mac anda menggunakan kuasa bateri. |
Maklumkan selepas sandaran lama dipadamkan | Pastikan anda diberitahu jika cakera sandaran anda penuh dan Time Machine memadam sandaran lama untuk memberi ruang kepada yang baru. |