Gunakan Pusat Kawalan pada Mac
Pusat Kawalan pada Mac memberikan anda akses cepat ke seting sistem macOS penting—seperti kelantangan, kecerahan, Wi-Fi, atau Jangan Ganggu. Anda boleh menggunakan Pusat Kawalan untuk menambah item lain, seperti pintasan kebolehcapaian atau penukaran Pengguna Cepat.
Gunakan Pusat Kawalan
Pada Mac anda, klik Pusat Kawalan dalam bar menu.
Seret gelangsar (seperti gelangsar Kelantangan) atau klik ikon (seperti ikon AirDrop). Untuk melihat lebih banyak pilihan, klik di mana-mana sahaja dalam item atau klik anak panah di sebelah kanan.
Sebagai contoh, dalam Paparan, seret gelangsar untuk melaraskan kecerahan paparan, atau klik di mana-mana dalam Paparan untuk menunjukkan kawalan bagi mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Gelap dan Night Shift.
Petua: Jika anda kerap menggunakan item, anda boleh menyeretnya daripada Pusat Kawalan ke bar menu, untuk menyimpannya di sana dengan mudah. Untuk mengeluarkan item daripada bar menu, tekan dan tahan kekunci Command sementara anda menyeret item keluar daripada bar menu.
Sesuaikan Pusat Kawalan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Dock & Bar Menu.
Klik bahagian dalam bar sisi untuk melihat item yang sentiasa berada dalam Pusat Kawalan, atau yang anda boleh tambahkan.
Pusat Kawalan: Item dalam bahagian ini sentiasa ditunjukkan dalam Pusat Kawalan; anda tidak boleh mengeluarkannya. Pilih item dalam bar sisi untuk melihat pratonton item dalam Pusat Kawalan di sebelah kanan.
Modul Lain: Anda boleh menambahkan item dalam bahagian ini ke Pusat Kawalan. Pilih item dalam bar sisi, kemudian pilih kotak semak Tunjukkan dalam Pusat Kawalan item.
Untuk menyertakan item dalam bar menu bagi akses lebih cepat, pilih kotak semak Tunjukkan dalam Bar Menu.
Anda tidak boleh menambahkan item dalam bahagian Bar Menu Sahaja ke Pusat Kawalan.