![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/f7525bbbe25b38d404b665bf273768ff.png)
Bersambung dan bekerjasama
![Desktop Mac dengan dua tetingkap terbuka: tetingkap Mesej, menunjukkan perbualan yang mengandungi pautan ke dokumen dikongsi dan app Pages dengan dokumen dikongsi yang sama serta pilihan untuk bekerjasama.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/919212ad2840dc1a7610949e3036e79c.png)
Mula bekerjasama terus daripada Mesej
Kongsi nota, pembentangan dan banyak lagi dalam perbualan kumpulan dalam Mesej dan semua orang dalam kumpulan ditambah ke projek dikongsi secara automatik. Semasa peserta membuat perubahan ke dokumen dalam app yang sepadan, anda melihat kemas kini aktiviti di bahagian atas perbualan.
![Halaman Safari menunjukkan bar sisi di sebelah kiri dengan Kumpulan Tab dibuka. Tab di bahagian atas halaman menunjukkan halaman web dalam Kumpulan Tab. Apabila seseorang melihat halaman web dalam Kumpulan Tab, Memoji mereka dipaparkan pada tab.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/6b637a8cd6e6e0b423168323b00b3ca1.png)
Layari bersama-sama dengan Kumpulan Tab dikongsi
Kongsi satu set tab dalam Safari untuk merancang percutian seterusnya atau menyiapkan projek kajian dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh menambahkan tab dan Kumpulan Tab mengemas kini pada masa nyata apabila anda bekerja bersama.
![Tetingkap Foto menunjukkan Pustaka Foto Dikongsi iCloud.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/801cc7f14bbd9d1303b79f78a57c5437.png)
Bekerjasama pada album keluarga
Dengan Pustaka Foto Dikongsi iCloud, anda boleh berkongsi pustaka foto yang dikhususkan dengan sehingga lima orang lain dan bekerjasama untuk mencipta memori yang lebih lengkap. Tambah foto secara manual, jadikan foto ditambah serta-merta daripada kamera iPhone anda, atau dapatkan Cadangan Pintar tentang foto untuk ditambahkan.
![Tetingkap FaceTime menunjukkan panggilan yang peserta sedang menggunakan SharePlay untuk mendengar album bersama.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/2eee03262ce7f0eeefd0a3f281fce43a.png)
Tonton dan dengar bersama
Dengan SharePlay, anda dan rakan anda boleh menonton filem dan rancangan TV atau mendengar muzik semasa anda dalam panggilan FaceTime. Main balik diselaraskan supaya semua orang boleh menikmati detik tersebut bersama-sama.
Cara menggunakan SharePlay untuk menonton dan mendengar bersama
![Tetingkap Seting Sistem dengan Keluarga diserlahkan dalam bar sisi.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/fa1b1d8c1b1e6775bea98ac84f1e02dc.png)
Kongsi dengan keluarga anda
Dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh menjemput sehingga lima ahli lain keluarga anda untuk berkongsi perkhidmatan Apple (seperti Apple Music dan Apple TV+), pembelian dan pelan storan iCloud. Setiap ahli masih mempunyai Apple ID dan akaun peribadi mereka sendiri. Pengelola keluarga boleh mencipta Apple ID untuk anak yang lebih muda.