Tukar keutamaan Kemas Kini Perisian pada Mac
Gunakan keutamaan Kemas Kini Perisian untuk mengemas kini perisian macOS anda dan setkan sama ada Mac anda menyemak dan memuat turun kemas kini baru secara automatik. Untuk membuka keutamaan Kemas Kini Perisian, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kemas Kini Perisian.
Buka keutamaan Kemas Kini Perisian untuk saya
keutamaan Kemas Kini Perisian
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Kemas Kini Sekarang | Klik Kemas Kini Sekarang untuk memasang semua perisian dan kemas kini sistem tersedia yang muncul dalam anak tetingkap Kemas Kini Perisian. Jika anda tidak melihat butang Kemas Kini Sekarang, tiada kemas kini tersedia. |
Info lanjut | Klik “Info lanjut” untuk melihat maklumat tentang kemas kini tersedia. Pilih kemas kini untuk melihat maklumat tentangnya. Untuk memasang kemas kini, pilih kotak semak kemas kini yang anda mahu dan klik Pasang Sekarang. |
Pastikan Mac saya kekal terkini secara automatik | Pilih kotak semak ini untuk membolehkan Mac anda kemas kini secara automatik. |
Lanjutan | Klik Lanjutan untuk melihat pilihan tambahan untuk memasang perisian sistem dan kemas kini secara automatik. |
Keutamaan Lanjutan Kemas Kini Perisian
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Semak untuk kemas kini | Bolehkan Mac anda menyemak kemas kini secara automatik. |
Muat turun kemas kini baru apabila tersedia | Bolehkan Mac anda memuat turun kemas kini tanpa bertanya anda. |
Pasang kemas kini macOS | Bolehkan Mac anda memasang kemas kini macOS secara automatik. |
Pasang kemas kini app daripada App Store | Bolehkan Mac anda memasang kemas kini app daripada App Store secara automatik. |
Pasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan | Bolehkan Mac anda memasang fail sistem dan kemas kini keselamatan secara automatik. |
Penting: Untuk menerima kemas kini terkini secara automatik, ia disyorkan yang anda memilih “Semak untuk kemas kini,” “Muat turun kemas kini baru apabila tersedia,” dan “Pasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengemas kini atau memuat turun app daripada App Store, lihat Cari, beli dan muat turun app.