Cari perisian dan kemas kini Mac dalam talian
Muat turun perisian, kemas kini keselamatan dan kemas kini sistem daripada keutamaan Kemas Kini Perisian, App Store dan tapak web Apple.
Buka Kemas Kini Perisian dalam Keutamaan Sistem untuk menyemak kemas kini terbaru macOS: Pastikan Mac anda terkini.
Dapatkan kemas kini macOS terkini, termasuk app yang disertakan dengan macOS dan kemas kini keselamatan penting.
Lawati Mac App Store.
Pilih daripada ribuan app Mac dan beli dan muat turun mana yang anda mahukan dengan mudah. Selepas ianya dipasang, app ditambah ke Launchpad. Anda juga boleh mencari kemas kini untuk app dalam App Store.
Lawati Muat Turun Apple.
Dapatkan kemas kini untuk app macOS dan muat turun perisian Apple, demo dan sambungan Safari. Mengemas kini untuk peranti anda yang lain juga tersedia pada tapak web Muat turun Sokongan Apple.