Jika set kepala Bluetooth tidak berfungsi dengan Mac
Jika anda sedang menghadapi masalah menggunakan set kepala didayakan Bluetooth®, cuba yang berikut.
Pastikan set kepala diaktifkan dan dalam julat.
Pastikan set kepala disambungkan dengan Mac anda. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bluetooth dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Semak untuk melihat jika set kepala anda berada dalam senarai peranti di sebelah kanan.
Buka seting Bluetooth untuk saya
Jika set kepala anda tiada di dalam senarai, cuba bersambung dengannya lagi. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan set kepala untuk mendapatkan maklumat tentang menyambungkan set kepala dengan Mac anda.
Pastikan set kepala dicas atau mempunyai bateri baharu.
Pastikan set kepala dipilih sebagai peranti input atau output dalam seting Bunyi. Lihat Tukar seting Bunyi.