Benarkan app menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan mikrofon anda untuk membantu anda menyediakan rakaman atau perkhidmatan perbualan suara. Lihat Kawal akses ke mikrofon anda.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan mikrofon dan peranti input audio anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan mikrofon dan peranti input audio anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya