Kembangkan dan zum ruang kerja anda dalam Keynote pada Mac
Anda boleh mengembangkan kanvas di sekeliling slaid untuk mencipta lebih ruang kerja. Anda juga boleh zum masuk atau keluar pada slaid dan anda boleh membesarkan tetingkap Keynote untuk memenuhi seluruh skrin.
Tambah ruang kerja di sekeliling slaid
Untuk mendapatkan lebih ruang untuk digunakan semasa mencipta tataletak slaid yang kompleks, anda boleh mengembangkan kanvas di sekeliling slaid. Anda juga boleh menggunakan ruang ini untuk menambah, menyesuaikan objek dan juga menyimpan objek yang anda mahu alihkan ke slaid semasa pembentangan.
Klik Zum dalam bar alat, kemudian nyahpilih Tengah Auto.
Nota: Jika Muat Slaid sudah dipilih, anda mesti nyahpilih ia (atau tukar paras zum) sebelum anda boleh menukar seting Tengah Auto.
Seret objek dari salid ke kawasan di luar slaid.
Semasa anda menyeret objek, kanvas membesar untuk mengikutinya. Anda boleh mengembangkan kanvas sebesar yang anda mahu.
Anda boleh menskrol di sekeliling kanvas, atau tahan bar Space dan seret untuk sorot kanvas.
Untuk melihat semua kandungan pada slaid dan kanvas dikembangkan (sebanyak yang boleh dimuatkan pada skrin), pilih Paparan > Zum > Zum untuk Muat Kandungan (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Untuk menyahaktifkan kanvas dikembangkan, klik Zum dalam bar alat, kemudian pilih Tengah Auto.
Objek yang anda letakkan pada kanvas mungkin tidak dapat dilihat, tetapi anda boleh memilih dan mengeditnya dalam senarai objek.
Untuk melihat semua objek pada kanvas dikembangkan sekali lagi, klik Zum dalam bar alat, nyahpilih Tengah Auto, kemudian pilih Paparan > Zum > Zum untuk Muat Kandungan.
Apabila anda membuka semula pembentangan, Tengah Auto dipilih secara automatik walaupun ia dinyahpilih semasa anda menutup pembentangan. Jika anda mempunyai kandungan pada kanvas dikembangkan, ia mungkin tidak dapat dilihat.
Zum masuk atau keluar pada pembentangan
Anda boleh memperbesarkan (zum masuk) atau kurangkan (zum keluar) gambaran keseluruhan paparan slaid anda dan ruang kerja di sekelilingnya. Contohnya, anda boleh zum masuk untuk memfokus pada sel dalam jadual atau zum keluar untuk mengusahakan tataletak slaid anda.
Klik menu timbul Zum dalam bar alat.
Pilih pilihan:
Peratusan: Slaid dibesarkan atau dikecilkan menurut keperluan.
Muat Slaid: Slaid dilaraskan agar mengisi tetingkap.
Jika anda memperbesarkan atau mengurangkan saiz tetingkap Keynote, paras zum bertukar supaya slaid sentiasa muat pada tetingkap.
Nota: Pilihan ini menyahaktifkan kanvas dikembangkan dan kandungannya mungkin tidak dapat dilihat. Untuk melihatnya semula, klik Zum dalam bar alat dan nyahpilih Muat Slaid. Klik Zum sekali lagi dan nyahpilih Tengah Auto, kemudian pilih Paparan > Zum > Zum untuk Muat Kandungan (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Untuk zum masuk atau keluar dengan cepat, pilih Paparan > Zum > Zum Masuk untuk memperbesar slaid atau Paparan > Zum > Zum Keluar untuk mengecilkannya. Anda boleh memilih perintah ini berbilang kali untuk mengurangkan slaid pada 10 peratusan atau memperbesarkannya pada 400 peratusan.
Lihat Keynote dalam skrin penuh
Anda boleh mengembangkan tetingkap Keynote agar mengisi keseluruhan skrin.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap Keynote.
Pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Untuk melihat menu Keynote dan kawalan bar menu lain, alihkan penuding ke bahagian atas skrin.
Untuk kembali kepada paparan biasa, gerakkan penuding ke bahagian atas skrin, kemudian klik butang hijau atau pilih Lihat > Keluar Skrin Penuh.
Buka pembentangan dalam tetingkap berasingan dalam skrin penuh
Apabila anda membuka berbilang pembentangan dalam skrin penuh, ia dibuka dalam tab berbanding dalam tetingkap berasingan. Anda bergerak antara pembentangan dengan mengklik tab dalam bar tab. Untuk menjadikan semua pembentangan (termasuk dokumen dan hamparan) dibuka dalam tetingkap berasingan, pilih > Seting Sistem, kemudian klik Desktop & Dock dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pergi ke Tetingkap di sebelah kanan, klik menu timbul “Utamakan tab apabila membuka dokumen”, kemudian pilih Jangan.
Buka pembentangan dalam tab atau sebelah-menyebelah
Apabila anda mengerjakan berbilang pembentangan, ianya membantu untuk membukanya dalam tab berbanding dalam tetingkap berasingan—dengan cara itu, anda bergerak antara pembentangan dengan mengklik tab dalam bar tab. Apabila anda mahu melihat dua pembentangan pada masa yang sama, anda boleh mengalihkan pembentangan keluar daripada tab.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Desktop & Dock dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Tetingkap, klik menu timbul bersebelahan “Utamakan tab apabila membuka dokumen”, kemudian pilih Sentiasa atau Dalam Skrin Penuh.
Seting ini digunakan bukan sahaja untuk Keynote, tetapi juga untuk dokumen dalam aplikasi lain seperti TextEdit, Numbers dan Pages.
Pergi ke app Keynote , kemudian buka dua atau lebih pembentangan.
Semasa anda membuka pembentangan, tajuknya kelihatan dalam tab di bawah bar alat Keynote.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat pembentangan berbeza: Klik tab dengan tajuk pembentangan.
Tutup pembentangan: Gerakkan penuding ke atas tab pembentangan, kemudian klik di penjuru tab.
Tambahkan pembentangan terbuka ke bar tab: Seret pembentangan ke bar tab.
Alihkan pembentangan terbuka keluar daripada bar tab: Seret tab ke tepi tetingkap Keynote untuk membuka pembentangan dalam tetingkap Keynotenya sendiri.
Nota: Jika anda telah membuka berbilang pembentangan dalam tetingkap berasingan dan anda mahu menggabungkannya menjadi tetingkap tunggal dengan tab, pilih Tetingkap > Gabungkan Semua Tetingkap.