Gunakan Handoff untuk memindahkan pembentangan Keynote
Apabila Mac, iPhone, iPad, atau Apple Watch anda berhampiran satu sama lain, anda boleh menggunakan Handoff untuk menghantar pembentangan yang anda usahakan daripada satu peranti ke yang lain. Contohnya, jika anda mengusahakan pembentangan Keynote pada iPhone anda dan berada berhampiran Mac, anda boleh memilih pembentangan pada Mac anda dan menghabiskan pembentangan di situ.
Handoff memerlukan:
OS X 10.10 atau lebih baharu pada Mac
iOS 8 atau lebih baharu pada iPhone atau iPad
iPadOS pada iPad
Bluetooth® 4 (Bluetooth LE) pada kedua-dua sistem
Kedua-dua peranti menggunakan iCloud dan mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada rangkaian Wi-Fi yang sama
Aktifkan Handoff
Untuk menggunakan Handoff, anda perlu mengaktifkannya pada peranti anda. Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pada Mac dengan macOS Ventura 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Umum dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik AirDrop & Handoff di sebelah kanan, kemudian aktifkan “Benarkan Handoff antara Mac ini dan peranti iCloud anda”.
Pada Mac dengan macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Umum, kemudian pilih “Benarkan Handoff antara Mac ini dan peranti iCloud anda”.
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Umum > AirPlay & Handoff, kemudian aktifkan Handoff.
Hand off pembentangan ke iPhone atau iPad
Buka pembentangan pada Mac anda.
Apabila Mac anda berdekatan dengan peranti yang anda mahu serahkan, ikon Handoff untuk Keynote kelihatan di penjuru bawah kiri pada skrin Kunci peranti.
Nota: Hanya app yang sedang anda gunakan boleh hand off kerja anda.
Pada peranti, leret ke atas pada untuk membuka pembentangan.
Anda juga boleh melihat ikon Handoff apabila anda mengklik butang Utama atau meleret ke atas daripada bahagian bawah skrin untuk mendedahkan skrin berbilang tugas. Ketik Keynote di bahagian bawah skrin untuk meneruskan dari tempat anda tinggalkan.
Hand off pembentangan ke Mac
Pada iPhone, iPad, atau Mac lain, buka pembentangan.
Apabila peranti atau Mac lain berada berhampiran Mac yang anda mahu hand off, ikon Handoff kelihatan di sebelah kiri Dock.
Klik ikon Handoff untuk membuka pembentangan.
Petua: Jika anda memainkan pembentangan pada Mac, anda juga boleh menggunakan Handoff untuk menukarkan iPhone atau iPad kepada kawalan jauh untuk pembentangan. Lihat Gunakan kawalan jauh untuk mengawal pembentangan dalam Keynote pada Mac.
Untuk mendapatkan arahan tambahan tentang menyediakan dan menggunakan Handoff, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan macOS (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin anda), kemudian cari “Handoff”.