
Baharu dalam Keynote pada Mac
Dapatkan lebih banyak lagi dengan Apple Creator Studio
Tingkatkan projek anda dengan kandungan dan tema premium, tingkatkan aliran kerja anda dengan ciri AI baharu dan dapatkan akses kepada Pixelmator Pro, Final Cut Pro, Logic Pro serta banyak lagi.
Kandungan Premium untuk Projek Anda
Dapatkan akses penuh ke Hab Kandungan, yang menampilkan pelbagai fotografi, ilustrasi dan grafik meluas yang diurus Apple. Lihat Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain.
Terokai koleksi media baharu yang disusun mengikut topik dalam Hab Kandungan. Lihat Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain.
Akses koleksi tema premium yang diurus untuk pelbagai jenis keperluan. Lihat Cipta pembentangan daripada tema.
Penciptaan dan Pengeditan Imej Lanjutan
Cipta imej dan elemen grafik berkualiti tinggi menggunakan model AI generatif. Lihat Jana imej daripada perihalan teks.*
Gunakan pengeditan cepat pada imej sedia ada dengan mencipta yang baharu. Lihat Edit imej dengan perihalan teks.*
Tingkatkan kualiti imej untuk skrin besar dengan Resolusi Super. Lihat Tingkatkan resolusi dengan Resolusi Super.
Jana cadangan topeng berdasarkan minat visual dengan Pangkas Auto. Lihat Pangkas Auto foto.
Ciri AI Berkuasa untuk Kreativiti
Tukarkan rangka teks menjadi slaid untuk pembentangan baharu atau sedia ada. Lihat Cipta pembentangan daripada rangka secara automatik.**
Jana nota pembentang secara automatik berdasarkan konteks daripada kandungan slaid. Lihat Tambah nota pembentang pada slaid.**
Bersihkan tataletak, jarak, penjajaran dan tipografi slaid dengan cepat. Lihat Bersihkan slaid.**
Sejarah versi
Keynote pada Mac dikemas kini secara kerap. Kemas kini adalah terkumpul, jadi apabila anda menggunakan versi terkini Keynote, ia mempunyai semua ciri terbaharu. Anda boleh melihat semua ciri baharu yang disertakan dengan setiap keluaran di bawah.
Keynote 15.1
Keynote kini ialah sebahagian daripada Apple Creator Studio, koleksi app yang membantu anda menghidupkan visi inovatif anda dengan alat berkuasa untuk video, muzik, pengimejan kreatif dan banyak lagi. Anda boleh mencuba Apple Creator Studio secara percuma. Langganan memberi anda kandungan premium dan ciri kecerdasan baharu yang berkuasa dalam Keynote. Mencipta, melihat dan mengedit pembentangan serta bekerjasama dengan orang lain dalam masa nyata tidak memerlukan langganan.
Ciri baharu untuk pelanggan Apple Creator Studio:
Jadikan kerja anda menonjol dengan koleksi baharu eksklusif tema yang direka bentuk secara profesional.
Terokai foto, grafik, ilustrasi berkualiti tinggi dan banyak lagi untuk pembentangan anda dalam Hab Kandungan serba baharu.
Cari ilham lebih cepat dengan koleksi kandungan baharu yang diurus oleh pakar dalam Hab Kandungan.
Cipta imej dan grafik memukau terus dalam pembentangan anda menggunakan model AI generatif berkuasa.
Gunakan pengeditan cepat atau laraskan gaya imej sedia ada dengan mencipta imej baharu.
Tingkatkan kejelasan dan butiran imej dan grafik sedia ada menggunakan Resolusi Super.
Jana cadangan untuk pembingkaian imej anda yang sempurna dengan Pangkas Auto.
Tukarkan rangka teks menjadi draf pertama slaid untuk pembentangan baharu atau sedia ada (beta).
Jana nota pembentang secara automatik berdasarkan konteks daripada pembentangan anda (beta).
Bersihkan tataletak, jarak, penjajaran dan tipografi slaid anda dengan cepat (beta).
Bekerja bersama pada pembentangan yang mengandungi banyak media dengan had saiz fail kerjasama iCloud yang lebih besar sebanyak 4GB.
Untuk pengalaman yang optimum, kefungsian penuh Apple Creator Studio tersedia dengan macOS 26 dan lebih baharu. Apple Creator Studio memerlukan Akaun Apple dan sambungan internet untuk melanggan. Sesetengah ciri Apple Creator Studio memerlukan peranti mampu Apple Intelligence. Untuk keperluan sistem dan had penggunaan penuh bagi ciri kecerdasan Apple Creator Studio, lihat Perihal Apple Creator Studio.
Ciri baharu tambahan:
Alami cara baharu yang lebih lancar untuk mengusahakan pembentangan anda dengan Liquid Glass.
Jadikan teks dan objek lain menonjol dengan kecerahan tambahan dan warna yang terang menggunakan HDR pada paparan yang disokong.
Tambah personaliti pada kerja anda dengan bentuk boleh diedit baharu.
Keynote 14.4
Buat pengeditan teks menggunakan Alat Menulis terus dalam pembentangan anda (memerlukan Apple Intelligence).
Eksport pembentangan ke format lain menggunakan Pintasan.
Salin dan tampal yang dipertingkatkan dengan Freeform.*
Keynote 14.3
Baca pruf, tulis semula, ringkaskan dan karang teks untuk pembentangan anda dengan Alat Menulis.*
Cipta imej asal yang menyeronokkan untuk pembentangan anda dengan Image Playground.*
Siri boleh menggunakan ChatGPT untuk menjawab soalan tentang kandungan dalam pembentangan anda.*
Keynote 14.2
Lihat imej dan filem HDR dalam julat dinamik yang lebih besar pada paparan disokong.*
Mainkan tayangan slaid anda semasa panggilan FaceTime atau persidangan video untuk mula berkongsi tetingkap pembentangan anda secara automatik.*
Pembetulan pepijat dan peningkatan prestasi tambahan.
Keynote 14.1
Dapatkan ramalan dalam baris yang melengkapkan perkataan atau frasa yang anda menaip.
Kawal tempat paparan pembentang kelihatan semasa berlatih pembentangan dengan berbilang paparan disambungkan.
Pembetulan pepijat dan peningkatan prestasi tambahan.
Keynote 14.0
Tambah rupa baharu kepada slaid anda dengan tema Warna Dinamik, Cerah Minimalis dan Gelap Minimalis.
Pemberitahuan in-app yang lancar memaklumkan kepada anda apabila orang menyertai pembentangan bekerjasama untuk kali pertama.
Kekalkan format fail dan kualiti penuh apabila menambah foto HEIC yang diambil pada iPhone atau iPad.
Tahan kekunci Command untuk memilih perkataan, ayat atau perenggan yang tidak berdampingan.
Keserasian yang dipertingkatkan untuk transisi slaid apabila mengimport dan mengeksport fail Microsoft PowerPoint.
Peningkatan kestabilan dan prestasi tambahan.
Keynote 13.2
Bawakan dimensi baharu ke pembentangan anda dengan objek 3D dalam format USDZ.
Mainkan animasi terbenam dalam fail USDZ atau gunakan Pergerakan Ajaib untuk menganimasikan objek 3D merentas slaid.
Tambahkan pergerakan ke pembentangan anda dengan tema dinamik dan tataletak slaid video langsung baharu.
Keluarkan jidar luaran pada carta yang diimport daripada fail Microsoft Office.
Keynote 13.1
Tambahkan grafik vektor boleh skala (SVG) ke pembentangan anda dan kekalkan kualiti visual pada sebarang saiz.
Pecahkan imej SVG yang diimport dan simpannya ke pustaka bentuk anda untuk kegunaan masa depan.
Tukar ke tetingkap tayangan slaid anda dengan mudah apabila berkongsi Keynote pada panggilan FaceTime.
Tunjukkan label ringkasan jumlah kecil dalam bar bertindan, lajur dan carta kawasan.
Keynote 13.0
Eksport dan hantar salinan pembentangan anda dalam format berbeza terus daripada menu Kongsi.
Menyertakan peningkatan dan pembetulan pepijat untuk gabungan mel dan aktiviti kerjasama.
Keynote 12.2
Kekal dikemas kini pada aktiviti terbaru semua orang dalam pembentangan bekerjasama dan dapatkan pemberitahuan apabila orang lain menyertai, meninggalkan komen atau melakukan perubahan.
Kongsi dan lihat kemas kini tentang pembentangan anda dalam Mesej dengan mudah. Urus pembentangan dikongsi anda atau hantar salinan daripada menu Fail.
Hantar mesej atau mulakan panggilan FaceTime terus daripada pembentangan kerjasama.*
Pilih latar belakang video langsung anda untuk kesan dramatik atau asingkan subjek imej dengan cepat.*
Keynote 12.1
Tambah pergerakan lembut dan tarikan visual ke pembentangan anda dengan latar belakang dinamik yang bergerak berterusan semasa anda transisi daripada slaid ke slaid.
Pilih daripada tema dianimasikan baharu yang menampilkan latar belakang dinamik.
Langkau atau nyahlangkau semua slaid dalam kumpulan diruntuhkan.
Keynote 12.0
Gunakan Pintasan pada macOS 12 untuk mencipta atau membuka pembentangan, berlatih semula tayangan slaid atau mula membentang.
Keynote 11.2
Gunakan kamera dalam Mac anda atau kamera luaran untuk menunjukkan diri anda terus pada slaid anda, atau tunjukkan skrin iPhone atau iPad yang disambungkan.
Benarkan peserta mengambil giliran untuk mengawal pembentangan dikongsi daripada peranti mereka sendiri
Dengan carta radar, bandingkan berbilang pemboleh ubah pada masa yang sama secara visual untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam data anda dengan mudah.
Kawalan tayangan slaid baharu memberikan akses mudah ke penavigasi slaid, pintasan papan kekunci, sumber video langsung atau kawalan berbilang pembentang semasa membentang.
Kerjasama fleksibel membenarkan peserta menambahkan orang lain ke pembentangan yang dikongsi.*
Terjemahan segera membolehkan anda menterjemahkan teks kepada sehingga 11 bahasa dan menambahkan terjemahan ke pembentangan anda dengan satu klik.*
Cipta pembentangan baharu daripada ikon app dalam Dock.
Keynote 11.1
Peningkatan kestabilan dan prestasi.
Keynote 11.0
Lihat nota pembentang anda, slaid semasa dan slaid seterusnya dalam tetingkap berasingan semasa membentang.
Imej kecil dalam tetingkap Tertib Binaan menjadikannya mudah untuk mengedit jujukan kompleks.
Pelayar media dikemas kini menawarkan pilihan carian yang dipertingkatkan dan kategori kandungan baharu seperti Terbaharu, Potret dan Live Photos.
Tambahkan pautan nombor telefon ke sel jadual, objek teks dan bentuk.
Gunakan AppleScript untuk menukar kata laluan pembentangan atau membuka pembentangan yang dilindungi kata laluan.
Keynote 15.1 untuk Mac memerlukan macOS 15.6 atau lebih baharu. Keynote tersedia dalam App Store dan memerlukan Akaun Apple untuk dimuat turun. Ciri tertakluk kepada perubahan dan sesetengah ciri mungkin memerlukan akses internet. Yuran dan syarat tambahan mungkin dikenakan.