Jemput orang lain untuk bekerjasama dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menjemput orang lain untuk bekerjasama dengan anda pada pembentangan pada masa nyata dengan menghantar mereka pautan kepadanya. Semua orang bekerjasama pada pembentangan boleh membuat perubahan semasa ia dibuat.
Secara lalai, hanya orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada pembentangan dan yang mendaftar masuk ke Akaun Apple boleh membuka dan membuat perubahan kepadanya. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar keistimewaan akses supaya sesiapa sahaja dengan pautan boleh membukanya (tanpa Akaun Apple), atau menukar keistimewaan pengeditan supaya orang boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit pembentangan.
Selepas anda berkongsi pembentangan, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk menyertai pembentangan pada bila-bila masa. Cara anda menjemput orang bergantung pada jenis keistimewaan akses yang dipilih (sama ada orang yang dijemput perlu mendaftar masuk ke Akaun Apple atau tidak).
Petua: Jika pembentangan dilindungi oleh kata laluan, untuk tujuan keselamatan jangan menghantar kata laluan dengan pautan.
Peserta juga boleh membentangkan tayangan slaid dikongsi dengan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tayangan slaid berbilang pembentang, lihat Mainkan tayangan slaid dengan berbilang pembentang.
Jemput orang untuk bekerjasama
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada pembentangan, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, anda telah menyediakan Keynote untuk menggunakan iCloud Drive dan pembentangan yang anda mahu kongsikan disimpan dalam iCloud Drive.
Dengan pembentangan terbuka, klik dalam bar alat.
Jika Bekerjasama tidak kelihatan dalam menu timbul di bahagian atas, klik menu timbul, kemudian pilih Bekerjasama.
Untuk menukar orang yang boleh mengakses pembentangan, klik anak panah pendedahan di bawah Bekerjasama, klik menu timbul “Orang yang boleh mengakses”, kemudian pilih pilihan (jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan pembentangan disimpan dalam iCloud):
Hanya orang dijemput: Hanya orang yang anda jemput dan mendaftar masuk ke Akaun Apple mereka boleh membuka pembentangan. Orang tidak perlu mempunyai Akaun Apple sebelum anda menjemput mereka tetapi mereka perlu menciptanya sebelum mereka boleh membuka pembentangan dikongsi anda.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Akaun Apple mereka. Arahan disediakan apabila mereka ketik atau klik pautan dalam jemputan.
Sesiapa dengan pautan: Sesiapa yang mempunyai pautan ke pembentangan dikongsi boleh ketik atau klik pautan untuk membuka pembentangan.
Untuk menukar orang yang boleh membuat perubahan pada pembentangan, klik menu timbul Keizinan, kemudian pilih pilihan:
Boleh membuat perubahan: Orang boleh mengedit, mencetak dan memuat turun pembentangan dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat, mencetak dan memuat turun pembentangan dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya. Mereka tidak boleh membalas atau memadamkan komen dalam senarai aktiviti dan apabila mereka menyertai pembentangan, tiada pemberitahuan kelihatan.
Nota: Jika anda setkan akses kepada “Hanya orang dijemput” (dalam langkah sebelumnya), anda boleh menukar seting keizinan individu selepas anda berkongsinya.
Jika anda tidak mahu semua peserta dapat menjemput orang lain, nyahpilih “Benarkan orang lain menjemput”.
Pilih kaedah untuk menghantar jemputan untuk bekerjasama (jika pembentangan tidak disimpan dalam iCloud Drive, anda digesa untuk mengalihkannya di sini):
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Jemput dengan Pautan: Salin pautan fail, supaya anda boleh menghantar atau menyiarkannya menggunakan sebarang perkhidmatan internet yang telah disediakan pada Mac anda. Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, kemudian klik Kongsi Pautan. Buka app yang anda mahu gunakan untuk berkongsi pautan, klik tempat anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Penting: Pautan ke pembentangan yang dicipta apabila anda menjemput peserta menyertakan tajuk pembentangan. Jika tajuk atau kandungan pembentangan adalah sulit, pastikan untuk meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Selepas anda berkongsi pembentangan, kotak semak kelihatan pada butang Kerjasama untuk menunjukkan bahawa pembentangan dikongsi.
Jemput lebih ramai orang untuk mendaftar masuk ke pembentangan
Jika anda ialah pemilik pembentangan yang aksesnya disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, atau jika pemilik pembentangan dikongsi memberikan keizinan kepada anda untuk menambah orang, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk menyertai pembentangan menggunakan Akaun Apple mereka.
Nota: Jika akses pembentangan disetkan kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”, ikuti arahan dalam tugas seterusnya, Hantar pautan kepada lebih ramai orang (Akaun Apple tidak diperlukan).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Fail > Urus Pembentangan Dikongsi (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik dalam bar alat, kemudian klik Urus Pembentangan Dikongsi.
Dalam iCloud Drive, Control-klik fail, kemudian pilih Urus Pembentangan Dikongsi.
Klik Kongsi dengan Lebih Ramai Orang, kemudian pilih kaedah bagi menghantar jemputan untuk bekerjasama:
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Jemput dengan Pautan: Salin pautan fail, supaya anda boleh menghantar atau menyiarkannya menggunakan sebarang perkhidmatan internet yang telah disediakan pada Mac anda. Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, kemudian klik Kongsi Pautan. Buka app yang anda mahu gunakan untuk berkongsi pautan, klik tempat anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Klik Selesai.
Nota: Pautan mungkin kelihatan di bahagian isi mesej sebagai grafik digayakan dengan tajuk pembentangan—pastikan tidak mengedit atau memadamnya.
Mana-mana peserta boleh menyalin pautan ke pembentangan dan menampalnya di tempat lain—contohnya, untuk menyimpan pautan di tempat ia boleh diakses dengan mudah. Jika pemilik mengehadkan akses kepada orang yang mereka jemput, pautan hanya berfungsi untuk peserta yang dijemput.
Anda boleh tukar seting perkongsian untuk orang baharu selepas anda menghantar pautan.
Hantar pautan ke lebih ramai orang (Akaun Apple tidak diperlukan)
Jika akses pembentangan anda disetkan kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk bekerjasama pada pembentangan dengan menghantarkan pautan yang tidak memerlukan Akaun Apple kepada mereka untuk melihat pembentangan.
Nota: Jika akses pembentangan disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, ikuti arahan dalam tugas sebelumnya, Jemput lebih ramai orang untuk mendaftar masuk ke pembentangan.
Dengan pembentangan terbuka, klik dalam bar alat.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan:
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Kongsi pautan dengan cara lain: Klik Salin Pautan, kemudian klik tempat anda mahu menampal pautan. Pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda) atau tekan Command-V pada papan kekunci.