
Gunakan gaya perenggan dalam Keynote pada Mac
Menggunakan gaya perenggan adlah cara paling cepat untuk memformatkan teks dalam seluruh pembentangan secara seragam.
Gunakan gaya perenggan
Pergi ke app Keynote
pada Mac anda.
Buka pembentangan, kemudian klik kotak teks atau bentuk dengan teks yang anda mahu tukar, atau pilih teks tertentu.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan gaya perenggan pada teks dalam sel jadual.
Dalam bar sisi Format
, klik tab Teks.
Klik nama gaya perenggan di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih gaya daripada menu timbul Gaya Perenggan.
Jika kemudian anda menukar rupa teks yang mempunyai gaya perenggan digunakan padanya—contohnya, anda menebalkan teks atau menukar warnanya—asterisk dan dalam sesetengah keadaan, butang Kemas Kini, kelihatan bersebelahan nama gaya dalam menu Gaya Perenggan yang menunjukkan bahawa gaya mempunyai penggantian. Anda boleh mengemas kini gaya perenggan untuk menyepadukan penggantian jika anda mahu.
Anda juga boleh menggunakan gaya aksara dan menggunakan gaya senarai pada teks terpilih.
Petua: Untuk pemformatan lebih laju, cipta pintasan papan kekunci untuk menggunakan gaya pada teks.