Salin teks dan objek antara Keynote dan app lain pada iPad
Anda boleh menyalin teks dan objek antara pembentangan Keynote dan app lain. Jika iPad anda menyokong berbilang tugas dengan Split View atau Slide Over, anda boleh membuka Keynote dan app kedua—sebagai contoh, Mail, Pages, Numbers, Safari atau Foto—dan seret objek (seperti kotak teks, foto, jadual dan carta) untuk menyalinnya daripada satu app ke app lain. Jika iPad anda mempunyai iPadOS dipasang, anda boleh membuka dua pembentangan Keynote dan seret slaid, teks dan objek antara pembentangan.
Nota: Apabila anda menyalin carta, jadual dan bentuk antara app iWork (Pages, Keynote dan Numbers), objek ini kekal boleh diedit. Apabila anda menyalin ke app lain, ia disalin sebagai imej dan kandungannya tidak boleh diedit.
Untuk melihat jika iPad anda menyokong Split View dan Slide Over dan untuk mengetahui cara menggunakan ciri ini, lihat artikel Sokongan Apple ini: Gunakan Berbilang Tugas pada iPad anda.
Seret teks dan objek antara Keynote dan app lain
Anda boleh memilih lebih daripada satu objek atau kumpulan objek untuk menyalin.
Buka fail Keynote yang anda mahu salin kandungannya daripada atau ke, kemudian leret ke atas daripada bahagian bawah skrin untuk mendedahkan Dock.
Dalam Dock, sentuh dan tahan app (termasuk Keynote), seretnya keluar daripada Dock ke pinggir kiri atau kanan skrin, kemudian angkat jari anda.
Dalam app kedua, buka fail (sebagai contoh, dokumen, mesej atau nota) yang anda mahu salin kandungannya daripada atau ke.
Dalam salah satu fail, pilih kandungan yang anda mahu salin, sentuh dan tahannya sehingga ia kelihatan terangkat, kemudian seretnya ke fail lain.
Tanda tambah dalam bulatan hijau muncul di penjuru kanan atas pilihan semasa anda mula menyeretnya. Jika anda tidak nampak tanda tambah, kandungan yang anda pilih tidak boleh disalin ke lokasi lain.
Dengan dua app terbuka dalam Split View atau Slide Over, anda juga boleh menyalin dan menampal objek daripada satu app ke app yang lain.
Salin teks dan objek ke atau daripada app lain
Anda boleh menyalin pilihan teks dan kebanyakan objek, kemudian tampalkannya ke aplikasi lain.
Pilih teks atau objek yang anda mahu salin.
Ketik Salin dalam lokasi yang dipilih. (Anda mungkin perlu mengetik pilihan lagi untuk melihat Salin.)
Pada skrin Utama, buka app dan fail (sebagai contoh, dokumen, mesej atau nota) di tempat anda mahu tampalkannya.
Ketik tempat yang anda mahu tampal pilihan, kemudian ketik Tampal.
Anda juga boleh menyalin dan menampal slaid daripada satu pembentangan Keynote ke pembentangan yang lain.