Bekerjasama pada pembentangan dikongsi dalam Keynote pada iPad
Sama ada anda pemilik pembentangan dikongsi atau dijemput untuk bekerjasama, selepas anda membuka pembentangan, anda boleh melihat editan yang dilakukan orang lain pada masa nyata, sembunyi atau tunjukkan aktiviti pengeditan dan lagi.
Terima jemputan untuk bekerjasama
Apabila anda menerima pautan ke pembentangan dikongsi, perkara yang berlaku apabila anda mengetik pautan bergantung kepada akses dan keizinan yang disetkan oleh pemilik, versi Keynote dan iPadOS yang dipasang pada peranti anda dan sama ada anda menggunakan iCloud Drive.
Sebelum anda bermula, pastikan anda memenuhi keperluan sistem minimum untuk bekerjasama.
Ketik pautan dalam mesej yang anda terima.
Jika diminta, daftar masuk dengan Apple ID anda atau ikuti sebarang arahan yang muncul.
Jika alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menjemput anda tidak dikaitkan dengan Apple ID anda, ikut arahan yang muncul untuk menambahkan e-mel atau nombor telefon tersebut ke Apple ID anda.
Nota: Jika anda tidak mahu mengaitkan alamat e-mel lain dengan Apple ID, anda boleh meminta pemilik pembentangan dikongsi untuk menjemput anda lagi menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda.
Pembentangan dibuka berdasarkan faktor yang berikut:
Pada Mac: Pembentangan dibuka dalam Keynote untuk Mac jika anda mengklik pautan dalam app seperti Mail pada Mac, anda telah menyediakan dan mendaftar masuk ke iCloud Drive pada Mac anda dan anda mempunyai macOS 12 atau lebih baharu dan Keynote 12.2 atau lebih baharu pada komputer anda. Jika anda tidak memenuhi keperluan tersebut atau jika anda mengklik pautan pada halaman web, pembentangan mungkin dibuka dalam Keynote untuk iCloud.
Di iCloud.com pada komputer Mac atau Windows: Jika anda daftar masuk ke iCloud.com dalam pelayar web, pembentangan dibuka dalam Keynote untuk iCloud dan ditambah ke pengurus pembentangan dan iCloud Drive.
Pada iPhone dengan iOS 15 atau lebih baharu: Jika Keynote 12.2 atau lebih baharu dipasang pada iPhone anda, pembentangan dibuka dalam Keynote dan ditambah pada pengurus pembentangan.
Pada iPad dengan iPadOS 15 atau lebih baharu: Jika Keynote 12.2 atau lebih baharu dipasang pada iPad anda, pembentangan dibuka dalam Keynote dan ditambah pada pengurus pembentangan. Jika anda tidak memasang Keynote pada iPad anda, pembentangan akan dibuka dalam Keynote untuk iCloud dalam pelayar web.
Pada peranti Android, atau peranti tanpa iOS 15, iPadOS 15, atau lebih baharu dan Keynote 12.2 atau lebih baharu: Pembentangan dibuka dalam pelayar di mana anda boleh melihat tetapi tidak boleh mengeditnya.
Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
Buka pembentangan dikongsi.
Ketik Terbaru di bahagian bawah pengurus pembentangan untuk melihat semua dokumen dikongsi dan mencari dokumen yang anda mahu. Jika anda tidak menemui pembentangan dikongsi, ketik pautan dalam jemputan yang anda terima dan jika diminta daftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak boleh membuka pembentangan, lihat Terima jemputan untuk bekerjasama.
Edit pembentangan.
Pengeditan yang anda dan yang lain lakukan pada pembentangan kelihatan dalam masa nyata. Kursor serta pilihan teks dan objek kelihatan dalam warna berbeza untuk menandakan tempat orang lain sedang mengedit.
Jika terdapat konflik, dialog kelihatan dan anda boleh memilih versi yang anda mahu simpan. Jika anda menyimpan lebih daripada satu, yang terkini kekal dalam versi dikongsi.
Edit semasa di luar talian
Jika butang Bekerjasama bertukar menjadi awan dengan garis pepenjuru merentasinya, peranti anda di luar talian.
Anda boleh terus bekerja pada pembentangan dan kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik.
Selepas anda bersambung semula, anda boleh melihat aktiviti terkini dalam pembentangan dikongsi.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati semasa mengedit pembentangan dikongsi semasa anda di luar talian:
Untuk menghantar salinan pembentangan dengan perubahan kepada seseorang sebelum memuat naik perubahan anda, ketik , kemudian ketik Kongsi atau Eksport untuk menghantar salinan. Kaedah ini memastikan perubahan anda disertakan. Secara kontras, jika anda menggunakan app Fail untuk melampirkan pembentangan pada mesej e-mel, sebagai contoh, pengeditan yang anda lakukan semasa di luar talian tidak akan disertakan.
Jika anda tidak pasti sama ada perubahan anda telah diselaraskan, anda boleh menyemak status penyelarasan. Dalam pengurus pembentangan, ketik butang Status Penyelarasan di penjuru kanan atas skrin (kelihatan seperti anak panah atas).
Jika peserta lain yang berada di dalam talian memadamkan objek atau slaid yang anda sedang edit di luar talian, pegeditan yang anda buat pada objek tersebut tidak dimasukkan apabila anda kembali dalam talian.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat bahagian Edit semasa di luar talian dalam artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.
Menarik diri daripada pembentangan dikongsi
Jika anda tidak lagi mahu mempunyai akses ke pembentangan yang dikongsi, anda boleh keluarkan diri anda daripada senarai peserta.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan terbuka: Ketik , kemudian ketik Urus Pembentangan Dikongsi.
Jika pembentangan tertutup: Dalam pengurus pembentangan atau app Fail, buka folder Keynote dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik pembentangan (tanda semak kelihatan), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Dalam senarai peserta, ketik nama anda, kemudian ketik Keluarkan Saya.
Mengeluarkan nama anda daripada senarai peserta mengeluarkan pembentangan tersebut daripada iCloud Drive. Jika anda ingin mengakses pembentangan tersebut lagi kemudian, anda boleh gunakan pautan asal untuk membukanya.
Nota: Tidak semua ciri Keynote tersedia untuk pembentangan yang dikongsikan dengan orang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.