Tukar seting pembentangan dikongsi dalam Keynote pada iPad
Jika anda berkongsi pembentangan dengan orang lain, anda boleh melihat atau menukar seting akses dan keizinannya pada bila-bila masa.
Tukar akses atau keizinan untuk semua orang
Jika anda pemilik pembentangan dikongsi dengan aksesnya disetkan kepada “Orang dijemput”, atau jika pemilik memberi anda keizinan untuk menjemput orang lain, anda boleh menukar akses atau keizinan untuk semua peserta.
Ketik dalam bar alat, kemudian ketik Urus Pembentangan Dikongsi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar akses: Ketik “Orang yang boleh mengakses”, kemudian pilih pilihan:
Jika anda menukar daripada “Orang dijemput” ke “Sesiapa dengan pautan”: Orang yang anda jemput pada asalnya masih boleh membuka pembentangan, bersama dengan orang lain yang mempunyai pautan. Mereka tidak perlu mendaftar masuk dengan alamat e-mel atau nombor telefon yang anda gunakan untuk menghantar pautan.
Jika anda menukar daripada “Sesiapa dengan pautan” ke “Orang dijemput”: Pautan asal tidak lagi berfungsi untuk sesiapa. Hanya orang yang menerima jemputan daripada anda dan orang yang mendaftar masuk dengan Apple ID mereka boleh mengakses pembentangan.
Tukar keizinan: Ketik “Keizinan”, kemudian pilih pilihan.
Boleh membuat perubahan: Orang lain boleh mengedit dan mencetak pembentangan dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat dan mencetak pembentangan dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya. Mereka tidak boleh membalas atau memadamkan komen dalam senarai aktiviti dan apabila mereka menyertai pembentangan, tiada pemberitahuan kelihatan.
Benarkan orang lain menjemput orang: Aktifkan “Sesiapa boleh menambah lebih ramai orang” untuk memberikan keizinan kepada semua peserta bagi menjemput orang lain atau menukar akses dan keizinan pembentangan.
Tukar akses atau keizinan untuk peserta individu
Jika anda mengesetkan akses pembentangan kepada “Orang dijemput”, anda boleh setkan keizinan berbeza untuk setiap individu.
Ketik dalam bar alat, kemudian ketik Seting Aktiviti.
Pilih mana-mana daripada berikut:
Benarkan untuk Tambah Orang Lain: Apabila ini aktif, peserta ini boleh menjemput orang lain ke pembentangan atau menukar akses serta keizinan pembentangan.
Boleh Membuat Perubahan: Apabila ini aktif, peserta ini boleh mengedit dan mencetak pembentangan dikongsi.
Lihat Sahaja: Apabila ini aktif, peserta masih boleh membuka dan membaca pembentangan, tetapi mereka tidak lagi boleh mengedit atau memberi komen.
Keluarkan Akses: Pembentangan dikeluarkan daripada iCloud Drive peserta dan pautan ke pembentangan tidak lagi berfungsi. Sebarang perubahan yang mereka lakukan akan kekal.
Ketik Selesai.
Sesiapa yang membuka pembentangan semasa anda menukar seting mereka akan menerima isyarat. Jika perubahan menyebabkan orang tersebut kehilangan akses kepada pembentangan, pembentangan ditutup serta-merta. Jika tidak, seting baharu memberi kesan apabila mereka menutup isyarat.