Tukar latar belakang slaid dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menukar warna atau imej latar belakang slaid individu dalam pembentangan. Anda juga boleh menggunakan latar belakang dinamik yang menggunakan animasi ambien untuk menambahkan pergerakan kepada slaid.
Gunakan warna, gradien atau imej sebagai latar belakang slaid
Dalam penavigasi slaid, ketik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid.
Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.
Ketik , ketik Latar Belakang, kemudian ketik butang Standard di bahagian atas menu.
Pilih salah satu daripada yang berikut:
Warna atau gradien yang direka bentuk agar sesuai dengan tema: Ketik Praset, leret ke kiri atau kanan untuk melihat semua pilihan, kemudian ketik warna.
Sebarang warna: Ketik Warna, kemudian ketik warna. Untuk mempratonton cara warna yang berbeza kelihatan pada slaid dengan cepat, sentuh dan tahan warna, kemudian seret merentas grid untuk melihat warna lain. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Isian gradien dua warna: Ketik Gradien, ketik Warna Mula atau Warna Hujung, kemudian ketik warna atau leret ke kiri untuk menggunakan roda warna. Untuk menukar arah gradien, ketik Balikkan Warna. Untuk menukar sudut gradien, seret gelangsar Sudut.
Warna dari tempat lain dalam slaid: Ketik Warna, kemudian leret ke kiri ke roda warna. Ketik , kemudian ketik warna pada slaid. Untuk mempratonton warna pada slaid, sentuh dan tahan warna pada slaid, kemudian seret merentas warna lain pada slaid. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Warna tersuai: Ketik Warna, leret ke kiri ke roda warna, kemudian seret gelangsar di sekeliling roda. Untuk menukar kecerahan warna, seret gelangsar mendatar atas. Untuk menukar ketepuan warna, seret gelangsar bawah. Untuk kembali kepada warna sebelumnya, ketik bulatan di tengah roda warna (separuh kiri menunjukkan warna sebelumnya).
Warna tersuai yang dicipta baru-baru ini atau warna yang baru dipilih dari tempat lain pada slaid: Ketik Warna, leret ke kiri ke roda warna, kemudian ketik perigi warna di sebelah kanan .
Imej: Ketik Imej, ketik Tukar Imej, kemudian ketik foto; untuk memasukkan imej daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik “Masukkan daripada”. Untuk menukar cara imej mengisi latar belakang slaid, ketik pilihan:
Saiz Asal: Meletakkan imej tanpa mengubah dimensi asal imej. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Regang: Saizkan semula imej untuk memuatkan dimensi slaid, yang mungkin menukar perkadaran imej.
Jubin: Mengulangi imej dalam slaid latar belakang. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Skala untuk Isian: Jadikan imej lebih besar atau kecil agar tiada ruang tertinggal di sekeliling imej.
Skala untuk Muat: Saizkan semula imej untuk memuatkan dimensi slaid, tetapi mengekalkan perkadaran imej.
Untuk mencipta imej berwarna, aktifkan Tindihan Warna dan ketik Isian untuk memilih warna tinta. Untuk menjadikan tinta lebih atau kurang telus, seret gelangsar Kelegapan.
Gunakan latar belakang dinamik yang bergerak
Latar belakang dinamik ialah animasi yang dijana secara prosedur yang menambahkan pergerakan kepada slaid tanpa meningkatkan saiz fail Keynote anda dengan ketara. Terdapat pelbagai gaya latar belakang dinamik praset yang anda boleh pilih dan sesuaikan. Jika anda menggunakan gaya latar belakang dinamik yang sama pada lebih daripada satu slaid berterusan, animasi bermain dengan lancar apabila anda menukar slaid.
Petua: Gunakan transisi slaid Magic Move untuk beralih secara lancar antara slaid yang menggunakan gaya latar belakang dinamik yang sama tetapi dengan seting rupa yang berbeza.
Dalam penavigasi slaid, ketik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid yang anda mahu edit.
Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.
Untuk menambah latar belakang dinamik ke slaid atau beberapa slaid yang dipilih, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Latar Belakang. Ketik butang Dinamik di bahagian atas menu, kemudian ketik gaya latar belakang dinamik yang anda mahu gunakan. Leret ke kiri atau ke kanan untuk melihat lebih banyak gaya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih latar belakang dinamik berbeza: Ketik gaya lain daripada imej kecil di bawah butang Dinamik.
Jedakan latar belakang dinamik semasa anda bekerja: Nyahaktifkan Pratonton Pergerakan. Latar belakang dinamik masih bergerak semasa anda memainkan tayangan slaid.
Tukar warna latar belakang dinamik: Ketik butang Warna dalam menu Latar Belakang. Ketik satu daripada butang Warna, kemudian pilih sebarang warna.
Untuk mempratonton cara warna yang berbeza kelihatan pada slaid dengan cepat, sentuh dan tahan warna, kemudian seret merentas grid untuk melihat warna lain. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Sesuaikan gaya latar belakang dinamik: Setiap gaya latar belakang dinamik mempunyai animasi uniknya tersendiri dan pilihan penampilan yang anda boleh tukar. Untuk menyesuaikan pilihan ini, seperti kelajuan latar belakang dinamik, jarak antara gelombang, kekaburan penampilan latar belakang, gunakan kawalan di bahagian bawah menu.
Apabila anda menukar latar belakang tataletak slaid,ia digunakan pada setiap slaid yang menggunakan tataletak tersebut.