Gunakan Finder untuk memindahkan pembentangan Keynote
Anda boleh menggunakan Finder untuk memindahkan pembentangan antara peranti. Kaedah ini berguna apabila anda tidak menggunakan iCloud.
Anda juga boleh memindahkan pembentangan Microsoft PowerPoint dengan cara ini, kemudian membukanya dalam Keynote.
Pindahkan pembentangan daripada komputer anda dengan Finder
Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Seret fail pembentangan yang anda mahu alihkan ke folder Keynote.
Pembentangan kelihatan di bawah Keynote dalam Finder.
Klik Selaraskan, kemudian tunggu untuk penyelarasan selesai.
Ketik app Fail pada skrin Utama, kemudian ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPad Saya.
Untuk membuka pembentangan pada peranti anda, ketik folder Keynote, kemudian ketik imej kecil pembentangan.
Anda boleh membuka pembentangan yang disimpan menggunakan Microsoft PowerPoint dan mengeditnya dalam Keynote. Jika anda tidak boleh membuka pembentangan PowerPoint yang disulitkan, cuba tukar jenis penyulitan atau pilihan penyulitan, kemudian simpan pembentangan sekali lagi sebelum dibuka dalam Keynote.
Pindahkan pembentangan ke komputer anda dengan Finder
Jika pembentangan belum disimpan pada peranti anda, alihkan pembentangan ke peranti anda.
Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Buka folder untuk app Keynote, pilih pembentangan yang anda mahu pindahkan, kemudian seretnya ke lokasi baharu pada komputer anda.