Gunakan Pustaka Muzik iCloud pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music atau iTunes Match, muzik anda disimpan dalam Pustaka Muzik iCloud anda, supaya anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja anda bersambung ke Internet.
Aktifkan Pustaka Muzik iCloud pada komputer lain
Dalam app iTunes pada Mac anda, daftar masuk ke iTunes Store menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk menyediakan Pustaka Muzik iCloud pada komputer pertama.
Pilih iTunes > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih kotak semak Pustaka Muzik iCloud.
Aktifkan Pustaka Muzik iCloud pada iPod touch, iPhone atau iPad anda
AMARAN: Selepas anda mengaktifkan Pustaka Muzik iCloud pada peranti, semua muzik yang berada pada peranti pada masa itu dipadamkan dan digantikan dengan lagu daripada iCloud. Juga, anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan muzik ke peranti. Anda boleh menambah lagu pada peranti hanya dengan memuat turunnya daripada iCloud.
Dalam app iTunes pada Mac anda, daftar masuk ke iTunes Store daripada peranti menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk menyediakan Pustaka Muzik iCloud pada komputer anda (jika anda belum berbuat demikian).
Pada skrin Utama peranti anda, ketik Seting, kemudian ketik Muzik.
Ketik untuk aktifkan Pustaka Muzik iCloud.
Untuk maklumat mengenai menambah lagu pada peranti anda daripada iCloud, lihat dokumentasi untuk peranti anda.
Mainkan atau muat turun lagu daripada iCloud
Anda boleh memainkan lagu terus daripada iCloud, atau anda boleh memuat turun lagu agar anda boleh memainkannya apabila anda tidak disambungkan ke Internet.
Jika lagu masih belum dimuat turun, ia mempunyai butang Muat Turun iCloud bersebelahannya.
Dalam app iTunes pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Mainkan lagu: Dwiklik padanya.
Muat turun lagu: Klik butang Muat Turun iCloud .
Untuk hanya melihat item yang anda muat turun, pilih Dimuat Turun dalam bar sisi di sebelah kiri.
Selepas anda memuat turun lagu ke komputer, ia kekal dalam pustaka iTunes komputer, walaupun jika anda menyahaktifkan Pustaka Muzik iCloud.
Untuk maklumat tentang memuat turun dan memainkan lagu pada peranti iOS, lihat dokumentasi untuk peranti.
Keluarkan lagu daripada iCloud
Memadamkan lagu daripada iCloud turut mengeluarkan lagu daripada semua peranti iOS anda yang mempunyai Pustaka Muzik iCloud diaktifkan. Jika lagu yang dipadamkan dimuat turun ke mana-mana komputer anda yang lain, ia kekal pada komputer tersebut sehingga anda memadamkannya secara manual.
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih lagu untuk dipadamkan dan tekan kekunci Delete.
Jika lagu masih belum dimuat turun daripada iCloud ke komputer yang anda gunakan pada masa ini, klik Padam Lagu.
Jika lagu telah dimuat turun, pilih “Turut padamkan lagu ini daripada iCloud”, kemudian klik Padam Lagu. Jika anda tidak memilih pilihan ini, item akan dipadamkan daripada komputer anda namun kekal di iCloud.
Dalam Pustaka Muzik iCloud anda, anda boleh menyimpan:
Sehingga 100,000 lagu, tidak termasuk lagu (atau video muzik) yang dibeli daripada iTunes Store. Fail mestilah bersaiz maksimum 200 MB
Lagu dipadankan (lagu yang tersedia dalam iTunes Store, sama ada anda membelinya di situ atau tidak) pada kualiti iTunes Plus (AAC 256 kbps bebas DRM) dan lagu lain pada kualiti asalnya.
Video muzik yang dibeli dalam iTunes Store.
Senarai main yang termasuk lagu sahaja.
Peraturan Senarai Main Pintar, yang digunakan pada komputer atau peranti yang ia dimuat turun.
Nota: Pustaka Muzik iCloud tidak tersedia di semua negara atau rantau.