Dengarkan radio Internet dalam iTunes pada Mac
Anda boleh menggunakan iTunes untuk mendengar muzik distrimkan melalui Internet. iTunes juga boleh memainkan banyak jenis fail audio yang tersedia di Internet, termasuk program dituturkan.
Dengar stesen Internet
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih Radio Internet dalam bar sisi di sebelah kiri.
Jika anda tidak nampak Radio Internet, pilih Edit (bersebelahan Pustaka dalam bar sisi), pilih kotak semak Radio Internet, kemudian klik Selesai.
Untuk melihat stesen yang tersedia, klik segi tiga bersebelahan jenis muzik yang anda mahu dengar.
Untuk menala, dwiklik stesen.
Jika anda menggunakan modem dailan untuk bersambung ke Internet, pilih stesen dengan kadar bit kurang daripada 48 kilobit per saat (kbps) untuk hasil terbaik. Untuk melihat kadar bit stesen, pilih stesen, kemudian pilih Edit > Info Lagu.
Bersambung ke siaran Internet
Jika anda tahu URL tepat bagi siaran Internet atau fail audio, iTunes boleh bersambung terus kepadanya.
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Fail > Buka Strim.
Masukkan URL penuh siaran atau fail yang anda mahu dengar.
Penting: Pastikan awalan http:// atau https:// disertakan apabila anda masukkan URL.
Untuk maklumat tentang jenis fail yang boleh dimainkan oleh iTunes, lihat Pilih seting import.
Anda tidak dapat merakam atau menyimpan lagu daripada siaran Internet, tetapi anda boleh menambah stesen kegemaran anda ke pustaka atau senarai main anda agar anda boleh mendengar dengan mudah.