![](https://help.apple.com/assets/5E4EB1BD680CE2D95AB05550/5E4EB1C9680CE2D95AB05558/ms_MY/f344938417f8d295c94901b517e140f1.png)
Sesuaikan tetingkap iTunes pada Mac
Anda boleh menyesuaikan cara anda melihat dan memainkan kandungan iTunes anda.
Gunakan Pemain Mini iTunes
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan muncul.
![Pemain Mini dikembangkan menunjukkan kawalan untuk lagu yang sedang dimainkan. Di penjuru kiri atas ialah butang tutup, digunakan untuk bertukar kepada tetingkap penuh iTunes. Di bahagian bawah tetingkap ialah gelangsar yang anda boleh seret untuk pergi ke tempat berlainan dalam lagu. Di bawah gelangsar di sebelah kiri ialah butang Menu Tindakan, di mana anda pilih pilihan paparan dan pilihan lain untuk lagu yang sedang dimainkan. Di bahagian hujung kanan di bawah gelangsar ialah dua butang—kaca pembesar untuk mencari dalam pustaka muzik dan senarai Seterusnya untuk melihat lagu yang akan dimainkan.](https://help.apple.com/assets/5E4EB1BD680CE2D95AB05550/5E4EB1C9680CE2D95AB05558/ms_MY/04cb1d1766e4e2ebe7db263b4a9b169b.png)
Anda juga boleh mengecilkan skrin Pemain Mini kepada saiz yang lebih kecil.
![Pemain Mini iTunes yang lebih kecil, menunjukkan hanya kawalan (dan bukan karya seni album).](https://help.apple.com/assets/5E4EB1BD680CE2D95AB05550/5E4EB1C9680CE2D95AB05558/ms_MY/155bfb82a886c666100e4b11718c5148.png)
Dalam app iTunes
pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tukar kepada Pemain Mini.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik butang Seterusnya
.
Kecilkan kepada skrin Pemain Mini yang lebih kecil: Dalam baris kawalan, klik butang Menu Tindakan
, kemudian pilih Sembunyikan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Untuk kembali ke Pemain Mini penuh, klik butang Menu Tindakan
, kemudian pilih Tunjukkan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Untuk mengekalkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih iTunes > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian pilih “Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain”.
Lihat tetingkap iTunes dalam paparan skrin penuh
Untuk masuk ke paparan skrin penuh dalam app iTunes
pada Mac anda, klik butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap iTunes.
Untuk keluar daripada paparan skrin penuh, gerakkan penuding ke bahagian atas skrin, kemudian klik butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap iTunes.
Layari pustaka muzik anda dengan cepat menggunakan pelayar lajur
Untuk pergi ke pustaka muzik anda dan mencari lagu dengan cepat, gunakan pelayar lajur.
![Tetingkap utama iTunes: Pelayar lajur muncul di sebelah kanan bar sisi dan di atas senarai lagu.](https://help.apple.com/assets/5E4EB1BD680CE2D95AB05550/5E4EB1C9680CE2D95AB05558/ms_MY/93d08b1d8185c4399044be5a3d3a541d.png)
Muzik anda diisih sehingga lima kategori (Genre, Komposer, Himpunan, Artis dan Album) dan dibahagikan ke dalam lajur. Sambil anda memilih item dalam setiap lajur, senarai diperkecilkan untuk memaparkan lagu yang sepadan sahaja.
Contohnya, untuk mencari muzik Mozart sahaja, anda boleh memilih Klasik dalam lajur Genre, kemudian Mozart dalam lajur Komposer.
Dalam app iTunes
pada Mac anda, pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih Lagu dari bar sisi di sebelah kiri.
Pilih Lihat > Pelayar Jalur > Tunjuk Pelayar Lajur, kemudian pilih lajur yang anda mahu paparkan. Anda tidak boleh menukar tertib lajur.
Untuk menggunakan pelayar lajur, pilih pilihan dalam seberapa banyak lajur yang anda suka.
Semasa anda memilih pilihan, lagu yang sepadan dengan pilihan anda akan dipaparkan di bawah.
Untuk menutup pelayar jalur, pilih Lihat > Pelayar Jalur > Sembunyikan Pelayar Lajur.
Sembunyikan atau tunjukkan bar sisi
Secara lalai, bar sisi adalah kelihatan. Anda boleh sembunyikannya.
Dalam app iTunes
pada Mac anda, pilih Paparan > Sembunyikan Bar Sisi atau Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Nota: Anda tidak boleh mengakses senarai main anda apabila bar sisi disembunyikan.