Panduan Pengguna iTunes
- Selamat Datang
- Apakah iTunes?
-
- Cara untuk menambah item
- Pindahkan pembelian daripada peranti mudah alih
- Import lagu daripada Internet
- Eksport muzik atau video daripada app lain
![](https://help.apple.com/assets/5E4EB1BD680CE2D95AB05550/5E4EB1C9680CE2D95AB05558/ms_MY/f344938417f8d295c94901b517e140f1.png)
Aktifkan kesan visual dalam iTunes pada Mac
Gunakan pentampak iTunes untuk melihat persembahan lampu berwarna-warni. Anda boleh menggunakan pentampak dengan atau tanpa muzik; kesan berubah berdasarkan muzik yang dimainkan.
![Tetingkap pentampak iTunes.](https://help.apple.com/assets/5E4EB1BD680CE2D95AB05550/5E4EB1C9680CE2D95AB05558/ms_MY/c7e1bc492ca96e3648f767cfeb0e280a.png)
Jika anda menggunakan pentampak dengan senarai main yang termasuk video muzik, pentampak menunjukkan video secara lalai. Anda boleh ubah seting ini bila-bila masa.
Dalam app iTunes pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Aktifkan kesan visual: Pilih Lihat > Pentampak > Tunjukkan Pentampak.
Untuk menukar pilihan, pilih Lihat > Pentampak > [pilihan]. Contohnya, untuk menunjukkan atau menyembunyikan video muzik, pilih Lihat > Pentampak > Mainkan Video. Tanda semak bermakna video akan ditayangkan.
Petua: Untuk menunjukkan atau menyembunyikan senarai perintah yang boleh anda gunakan bagi mengawal pentampak, tekan kekunci Tanda Soal (?) pada papan kekunci anda semasa pentampak aktif.
Nyahaktifkan kesan visual: Pilih Lihat > Pentampak > Sembunyikan Pentampak, atau tekan kekunci Esc.